Wednesday, December 12, 2012

COTTON CHEESE CAKE

Assalamualaikum dan Selamat Pagi semua..
hai hai hai hai..
korang semua Breakfast apa je pagi ni??
mesti sodap2 kan?
hehe...
Puteri Pagi ni baru dapat Mam Cheese cake..
Kisahnya Dah sehari buat Cheese cake ni tapi tak dan Nak Potong..
so Malam tadi baru Potong..kesian tengok Adik2 tanya Bila la dapat makan Cheese Cake..





ini la Cheese Cake yang Puteri Potong malam tadi..
Pagi ni Tinggal Separuh Je...
Tapi BUAH Cerry dah memang HILANG malam td...
tak tau la Siapa yang Kebas dulu..
HaHaHa
^__^




ok..yang ni lepas Cheese Cake dah Sejuk..
Puteri taruk Toping kt atasnya..
ikut suka la nak letak apa pun..
Never Mind 
^__^
Resepi Follow di Bawah ye..


BAHAN-BAHAN :

  • 140gm Gula Halus
  • 6biji Telur Putih (pastikan PUTIH SHJ)
  • 6biji Telur Kuning
  • 1sudu Krim Tartar (Puteri tak guna pun)
  • 50gm Mentega
  • 250gm Cream Cheese
  • 100ml Susu Segar (Puteri guna susu Sejat je)
  • 60gm Tepung Naik Sendiri *ayak
  • 20gm Tepung Jagung *ayak
  • 1sudu Besar Jus Lemon

CARA-CARA>>
  1. Cairkan cream cheese, susu segar dan mengeta diatas api kecil. Kacau selalu kemudian sejukkan.
  2. Sesudah sejuk, masukkan tepung yang telah di Ayak bersama tadi bersama kuning telur dan tambah jus lemon.
  3. DALAM BEKAS LAIN, Pukul putih telur bersama Gula halus dan Krim tartar jika digunakan. Pukul hingga adunan menjadi MERINGUE yang bertanduk.
  4. Ambil satu senduk Meringue masukkan kedalam adunan tepung tadi. Kaup Balikkan sehingga habis Meringue.
  5. Lengserkan Loyang dengan sedikit mentega dan alas dengan baking paper kemudian taburkan sedikit tepung dan Tuangkan Adunan tadi.
  6. Dengan Menggunakan Cara WATER BATH pada suhu 160'C selama 1Jam dengan Api ATAS BAWAH.
  7. Bila masak baru keluarkan dr Loyang dan Sejukkan sebelum dimasukkan dalam Peti ais dan letakkan filling kegemaran sendiri.
Resepi ASAL: KAK NOOR !!

Ini Bahannya.. pastikan PUTIH telur tu 
tak ada 1 TITIK kuning telur ok.

satukan dan Kacau diatas api kecil.
Kacau selalu jangan berketul2 ok..


bila sejuk boleh masukkan tepung yang diAyak bersama
Kuning telur dan Jus Lemon..
Puteri Guna Perasa Jus Lemon sebab Tak ada Buah Lemon..
^__^


ni MERINGUE tadi..
tapi ni tak bertanduk lagi..
O_o

haaa... tu nampak tak Tanduk Meringue??
macam tu la...
yang Satu lagi tu adunan tepung..
Guna Kaedah KAUP BALIK
tapi JANGAN TER"OVER" KAUP BALIK
sebab mudah mencair..
Cheese Cake tak menJADI..
SO BE CAREFUL tau..^_^


ok..Siap nak Masuk dalam Oven

See..Naik dah..tapi Gambar tak Berape jelas sangat..
SORRY
O_o

HeHeHe....
GEBUSSSS
nya..LIKE U..
sORRY gambar tak cantik...



TARAAA.............
gebusss...
muahahaha..
CANTIK COTTON CHEESE CAKE saya..
haha..
Happy sesangat Bila Setiap Kerja tu Menjadi
Dengan JAYA nya..
hehe..



sebenarnya Puteri dah banyak kali cuba buat Cheese cake ni..
1st time tak jadi..
try lagi dan lagi dan lagi..sehingga NAIK GEBUS cantik macam gini la..
Thanks to my Mom coz bagi semangat dan Kritikan HAHAHA!
tapi tetap SAYANG MAK KETAT2 ^____^

ok la..Puteri nak Siap2 Pergi Jumpa Doktor gigi pagi ni..
jumpa doktor lagi kan..HeHeHe...

OK..
SELAMAT MENCUBA yer..
jangan malu2 bertanya yang Pakar..
^__^ hehe
papai semua.
*____^


Sunday, December 9, 2012

IKAN KELI BER"SAMBAL"

Assalamualaikum semua..
Selamat menJamu Selera bagi yang sedang Lunch tu ye..
Puteri dah kenyang makan Ikan Keli hari ni..
Sedapnya...tertunai jua la Hajat Tok Ayah nak Makan Ikan Keli yang Dimasak Oleh Cucunya..
tapi Puteri memang GELI nak Siang and Cuci Ikan Keli.. HAHAHA..
TAK TAHU KENAPA??!
TerPaksa la Mak yang siang dan cucikan.. HeHe..
RASA LAPAR LAGI jew.. Mana tak nye Sebab
Lama tak makan... Rasa nak ratah je..
HeHeHe
^___^

huhuhu
tengok je la...
yang ni Puteri tak buat macam kt kedai..
kt Kedai ada Biji2 lada kan..
Puteri tak nak Biji lada..
Bahaya makan Biji lada ni....Tak  Elok untuk Usus dan Sistem Penghadaman Kite..
tapi bagi yang suka..
Sila Kan...
Sebab Diri Sendiri Akan Tanggung KeSakitan bila Dah Sakit Nanti.

Hargailah Nikmat Kesihatan Anda..
Jangan Marah eh..
Iklan jap..
Resepi Follow je kt Bawah ni..
>>

BAHAN-BAHAN :
  • Ikan Keli (dibersihkan dan diperap garam+kunyit)
  • 3biji Bawang Besar (kisar)
  • 2batang Serai (1kisar/1titik)
  • Cili Kering secukupnya (kisar dahulu)
  • 1sudu makan Jintan Manis
  • Gula, Garam dan Perasa
  • Minyak 

CARA-CARA>>
  1. Ikan keli yang sudah diperap boleh digoreng dan diketepikan.
  2. Dalam kuali, panaskan Minyak secukupnya(kira2 ikut kuantiti ikan keli dan sambal) kemudian tumis semua bahan kisar tadi sehingga naik bau masukkan Jintan manis.
  3. Masukkan Gula, garam dan perasa.
  4. Masak sehingga Pecah minyak, kemudian masukkan 1batang serai yang dititik.
  5. Masak lagi untuk seketika, dah nampak pekat dan pecah minyak Boleh diHidangkan diatas Ikan Keli tadi.
  6. Siap
Resepi : PuteriSendiri!!

ini la Rupa Ikan Keli dari KOLAH Tok Ayah Puteri..
ambil 2 Ekor je pun..
ada Raja Ikan Keli dalam Kolah tu.. Besar yang amat..ec3x...^,^


ni Cili Kering yang Puteri Kisar..
Memang Lumat kan kan kan..
Sebab Puteri Tak nak Biji2 Lada.. 
Kalau korang nak.. jangan la Kisar Lumat sangat yer..
^__^



see...ni nak Pecah Minyak dah...
agak2 nk kering gitu..
tapi jangan terHANGIT dah la...
^__^

so.. 
Selamat MenCuba
^___<
papai




Saturday, December 8, 2012

AYAM PEDAS ALA RENDANG

Assalamualaikum dan Selamat TengahHari semua..
dah Lunch belum??
apa Menu hari ni?
hari ni Puteri tak masak apa2 pun.. Sebenarnya MALAS nih..
tapi kene jugak masuk dapur kan mengASAPkan dapur..
tingkatkan Skill Memasak.. Cewahh... ^__^


Kalau tengok Gambar ni...?
rasa mcm pernah makan tak??
HeHeHe

ok.. Sebenarnya Resepi ni Dari Mak Puteri.. 
Mak Puteri selalu masak Ayam ni kalau 
ada urusan kt Luar.
tapi Hari ni..
disebabkan Mak tak nak Bawa Puteri..
Puteri kene Jadi BiBik ni...
hahaha..
so Ini la hasilnya...
^____^
Lunch hari ini..

Resepi Follow kat Bawah je.

BAHAN-BAHAN :
  • 1 biji Bawang Besar (kisar)
  • 3 bii Bawang Merah (kisar)
  • 3 ulas Bawang Putih (kisar)
  • SeInci Halia (kisar)
  • Cili Boh (spt biasa Puteri pakai Cili yg Mak Puteri Buat)
  • Garam dan Perasa
  • Minyak
  • Serbuk Kunyit secukupnya
  • Ayam (dipotong kiub diperap dengan kunyit td)
CARA-CARA>>
  1. Ayam yang disiap di potong di bersih dan diperap dengan kunyit dan garam. Biar dalam 10Minit kemudian Goreng tanpa Minyak dalam Kuali.
  2. Goreng sehingga air dari ayam kering dan ayam kelihatan masak.
  3. Kemudian ketepikan. Masukkan Minyak dalam kuali yang sama, Tumis semua bahan Kisar.
  4. Masak sehingga kelihatan pecah Minyak.
  5. Perasakan dengan Garam dan Perasa.
  6. Sedia diHidangkan.
Resepi : myMOM!!

goreng tanpa minyak..


kalau yang dah mahir buat macam ni je..
kalau yg belum tu..
sila asingkan ayam tu dulu yer
^___^


ada Rupa seperti Rendang DAN Rasa pun macam Ayam Pedas..
hehe..
senang je kan..
boleh Makan dengan Nasi Panas..
kalau makan dengan Pulut pun sedap jgk ^__^
sekali dengan Nasi Impit.
Macam-macam Boleh..

ok la..
Selamat Mencuba..
papai
>_^



Friday, December 7, 2012

CUCUR MANIS GEBU

Untuk Breakfast hari ni Puteri buat Cucur Manis ja..
terlalu lama dah terIngin nak mam..
Biasa g Market ada nampak paket yang Cucur Manis tu..
alahaiii.... hmmm xpadan nak makan neh.. Harga nya.. hmm ^___^
apa pun...
Puteri Punya Otak memang menjadi lasss...HAHAHAHA!
Berebut adik-adik.. *____^

apa Perasaan korang?? 
GERAM tak??
HeHe

ok Follow Resepi kt Bawah ni eh..
^__^

BAHAN-BAHAN :
  • Tepung gandum
  • Garam secukupnya
  • Mauripan (angarkan 1sudu cukup!)
  • Susu Pekat Manis (puteri letak 2Sudu!)
  • Telur
  • Air suam
  • Minyak untuk mengoreng
CARA-CARA>>
  1. Dalam satu bekas,masukkan tepung gandum, garam dan mauripan. Kemudian gaul2 kan tanpa air biar sekata.
  2. Buat Lubang ditengah Tepung yang diGaul tadi. kemudian  gaul dengan air. Buat sehingga adunan sebati dan masukkan susu Pekat Manis.
  3. Biar kan seketika dalam 10-20 minit, Bila nampak dan naik Boleh la masukkan Telur tapi adunan akan cair sedikit just tambah tepung lagi yer.
  4. Sedia Di goreng.  Nanti cucur ni akan naik GEBUSSSS... 
*jika tak nak masuk telur tak apa.. nak tukar dengan bilis ke apa2 kesukaan pun Boleh.

Resepi : PuteriSendiri!!


Macam ini las.. 
nampak adunan naik kan.. masukkan telur dan 
tambah sedikit lagi tepung..
*adunan tolong jangan terlalu cair yer.


so...
SELAMAT MENCUBA
mudah jew..
^___<


MIHUN SUP SIMPLE

SELAMAT PAGI semua.. >__^

ni menu semalam..utk BerBuka Puasa..
dah lama tak buat Mihun Sup neh..
yam yam

satu utk saya 
satu utk ciksue saya..
HeHeHe




ok 1st kene la Rendam Mihun ni dulu.
dalam 2 jam ke 
atau sampai nampak mihun tu dah lembut.

BAHAN UNTUK SUP :
  • Isi Ayam
  • Bebola (yg ni kt market ada)
  • Bawang Merah*
  • Bawang Putih*
  • Halia*
  • Rempah ratus 3sekawan
  • Lada Hitam*
  • Ketumbar*
  • Garam & Perasa
  • Air Secukupnya
CARA-CARA >>
  1. Tumbuk semua bahan bertanda *
  2. kemudian panas kan minyak dalam periuk, tumiskan rempah 3sekawan dan masukkan bahan tumbuk tadi.
  3. Tumis sehingga naik bau, kemudian boleh masukkan isi ayam dahulu. Kacau lagi dan masukkan Air.
  4. Masak hingga mendidih, baru lah masukkan bebola.Masak seketika dan boleh di hidang kan. 
*jika suka boleh letak sayur apa2.

Resepi: PuteriSendiri!!

begini lah cara nya...
^___^

Mihun yang dah lembut tadi 
DIKUKUS yer..
bukan REBUS..
^__^

so 
SELAMAT MENCUBA 


Monday, December 3, 2012

AYAM PEDAS MADU

Sambung dengan yang sayur tadi jugak.. hehe..
ok.. yang ni masa Puteri gah bawa keluar Sayur dr Peti Ais..
ada ternampak MADU dalam BEKAS..
pe lg..dalam Kepala dah set..AYAM PEDAS MADU.. ohh lama tak makan..

emm...macam makan kat kenduri pulak kan.. haha..
ok Resepi Boleh Follow diBawah ye..

BAHAN-BAHAN :
  • 1 ekor Ayam (dibersihkan dan dipotong + diperap dengan garam kunyit)
BAHAN TUMIS :
  • Minyak masak secukupnya
  • 10biji Bawang Besar (separuh hiris/separuh kisar)
  • 5ulas Bawang Putih(kisar)
  • 4sm Halia(kisar)
  • Sedikit Serbuk Kari(kisar)
  • Cili Boh (kisar)
  • 2sudu makan Madu
  • 10biji Kurma + 100gm Kismis (yang ni Puteri tak masukkan sebab takda bahan)
  • Garam dan Perasa
CARA-CARA>>
  1. Ayam yang telah diperap boleh diGoreng dan diketepikan.
  2. Panaskan minyak dan tumiskan semua bahan kisar sehingga pecah minyaknya.
  3. Kemudian masukkan madu  dan bahan perasa dan garam.
  4. Masak seketika, kemudian masukkan ayam yang telah digoreng.
  5. Masak lagi dalam 5 minit taburkan bawang besar yang dihiris.
  6. Sedia dihidangkan.
Resepi : PuteriSendiri!!


so... apa kata korang try.. haha
musim kenduri ni kan.. 
mane tahu..rasa nya sama seakan Lauk kenduri..
apa pun..
Selamat Mencuba.
^___^
papai..



SAYUR TAUHU TELUR

Assalamualaikum semua..
Selamat Petang.. kejap je dah petang eh..
Perut ni..alhamdulillah..Kenyang sudah.. Tiba masa nak Upload pulak resepinya ye.. HiHiHi ^__^

Bile Tengok sayur ni..
teringat pulak time kerja lama kt Shah Alam..
kadang2 bile time tak bawa Bekal dr Rumah..
mula la membeli kt kedai sebelah tempat Kerja.. 
HeHe

Nak Resepi Follow kat Bawah ni..

BAHAN-BAHAN :
  • Tauhu Telur (2-3batang)
  • 3 ulas Bawang Puteh (dititik atau dikisar)
  • 2 sudu makan Tepung Ubi
  • Telur (2-3biji)
  • Air Bersih secukupnya
  • Garam dan perasa
  • Sayur-sayuran (ikut suka)
CARA-CARA>>
  1. Salutkan tauhu dengan telur kemudian goreng sehingga kekuningan.
  2. Angkat dan Ketepikan.
  3. Untuk kuahnya, tumiskan bawang putih sehingga naik bau dan masukkan air. Biarkan mendidih.
  4. Setelah itu masukkan semua sayuran dan pecahkan 2 biji telur. Biarkan masak seketika.
  5. Perasakan dengan garam dan perasa dan masukkan tepung jagung yang telah dibancuh dengan sedikit air.
  6. Biarkan mendidih dan masukkan tauhu tadi.
  7. Boleh diHidangkan.

Resepi : PuteriSendiri!!

salut dengan telur.. Puteri salut dengan sedikit telur je..
pastu terus goreng..


bila dan nak masak baru masukkan Tauhu telur tu yer.
sebab tauhu telur tu dah masa masa mengoreng.

^_____^
so... Selamat Mencuba Resepi simple..
Puteri memang suka makan begitu sahaja sayur ni.. hehe..
Gemar sangat2 makan sayur.

^,^

Saturday, December 1, 2012

GULAI KUNING KULAT KAMPUNG

Assalamualaikum, hai...selamat petang..
perut pun dah kenyang ni...HeHe..
Menu hari ni seperti Biasa je cuma buat lain sikit..
ikut Selera orang2 dalam Rumah Puteri ni la.. ^___^




Rasa nya Puteri dah tulis Resepi hari tu..
cara nya Lebih Kurang sama je..
Cuma Tak perlu Masukkan Cili kering dan Telur
Gantikan sahaja dengan 2 atau 3 biji cili api 
macam biasa masak Lemak Kuning tu la...
dan Banyakkan Santan..
yang penting Lepas masuk santan kene sentiasa kacau sehingga kuah mendidih ye..
Baru Lemak Molek gitu..
^__^

pada yang terlepas boleh tengok pada resepi yang lepas..
klik link ni >>


so..Selamat Mencuba yer...
Papai..

Friday, November 30, 2012

IKAN KUKUS AIR ASAM

Assalamualaikum....Salam Jumaat semua..
Kaum2 Adam sudah sedia ke nak ke MASJID?? hehe

ehum.... 
nak Resepi tak??
sila follow eh..

BAHAN-BAHAN :
  • Ikan (tak kesah la ikan apa pun)
  • 1 sudu makan Asam Jawa (ambil air je)
  • 1 ulas Bawang Besar (dipotong menjadi kecil2)
  • 2 biji Tomato (dipotong menjadi kecil2)
  • 3 biji Cili Api (diHiris)
  • Daun Limau Purut (diHiris)
  • Bunga Kantan (diHiris)
  • Serai (diHiris)
  • Perahan Limau
  • Garam dan Gula
  • Perasa (Jika perlu)

CARA>>
  1. Ikan perlu diBersihkan dan DiPerap dengan Perahan Limau dan Garam.
  2. Kukus Air sehingga mendidih. Sementara tu boleh la sediakan Bahan-bahan lain.
  3. Bila dah air dah mendidih, letakkan Ikan yang bersih didalam Periuk Kukusan.
  4. Kemudian masukkan sedikit bahan2 yang tadi. dan Kukus ikan sehingga Masak.
  5. Setelah masak boleh diHidangkan dan Taburkan Lebihan bahan2 tadi.
  6. Jika ada Kekacang boleh Taburkan diatasnya.
ni lah..sedang kukus ^__^

agak nya Kenal tak Pokok apa ni?? hehe

Alhamdulillah..Puteri dah Kenyang..
dah Siap makan baru UpLoad.. hehe..
Jangan Marah ye..


Selamat Mencuba !
^__^
papai




Friday, November 23, 2012

MUFIN 'FUDGE' COKLAT

Assalamualaikum ...
Hai semua..Menu Petang tadi.. ^___^


yummm!! yumm!!


Nampak macam sedap je kan?
Rasanya?
hihihi A++ laa... 
ok.. resepi ni follow dibawah yer..
Puteri Malas Nak CELOTEH Panjang2.. ^__^

BAHAN-BAHAN :
  • 200gm Tepung Gandum*
  • 40gm Serbuk Koko*
  • 1 sudu teh Serbuk Penaik*
  • 1 sudu teh Soda BerKarbonat*
  • 130gm Gula Kastor
  • 125gm Mentega 
  • 2 biji Telur
  • 50ml Air
  • 1 sudu teh Esen Vanilla
BERTANDA * diAYAK!

CARA>>
  1. Putar mentega dengan Gula di dalam mangkuk adunan hingga kembang.
  2. Setelah itu,masukkan Telur dan Putar sehingga sebati.
  3. Masukkan Esen Vanilla dan gaul rata.
  4. Kemudian, masukkan adunan Tepung yang telah diAyak diSelang Seli dengan Air. Adun hingga sebati.
  5. Tuang adunan ke dalam Loyang Pembakar atau Kek Cawan.
  6. Panaskan Ketuhar pada Suhu 200'C dan Masukkan adunan mufin ke dalam ketuhar.
  7. Bakar 10Minit PerTama,Kemudian TURUNkan Suhu pada 175'C dan tambahkan masa selama 15minit atau hingga Masak.
  8. Setelah Masa Boleh Keluarkan dan Hidang Ikut Citarasa sendiri.
Resepi : MAJALAH RASA!

macam mana??
dah tengok Resepikan tadi??
agaknya senang je kan nak Buatnya?
hihihi..
tapi..
Cara Puteri BerBeza sedikit Kerana Puteri Menggunakan Serbuk Koko yang ada kandungan Gula..
so.. nak ikut cara Puteri Sila Follow Picture di Bawah ni..
HiHiHi.


ini Bahan2 Puteri Guna..
dalam Mangkuk Besar tu Puteri dah AYAK :
Tepung Gandum + Serbuk Penaik + Soda BerKarbonat

sama seperti stap dalam Resepi..
pukul Mentega dengan Gula hingga kembang..
Puteri Kurangkan gula jadi 100gm.

Masukkan Telur dan Putar.

Di Sebabkan Serbuk Koko Puteri dah ada Gula 
Puteri TerPaksa Masukkan Serbuk Koko DULU sebelum 
tepung Gandum.
Putar Sehingga Sebati 

Baru lah diMasukkan Tepung dan diSelang Seli dengan AIR.
kaedah Puteri Guna..
3:3
maksudnya..
3kali Tepung: 3 kali Air
Tepung>Air>Tepung>Air>Tepung>Air
Putar lagi sehingga Larut dan Sebati Sempurna

Masukkan dalam Oven ikut dalam Stap Resepi Asal tadi.
Yang ni Puteri guna Cup Cake Paper..
sahaja tak nak Membazir kan..
corak ni tak cantik coz Puteri MALAS..
HaHaHa..
JANGAN TIRU KEMALASAN Puteri Ok ^__^



yang ni dah siap..
Boleh Laaa Tabur Coklat dan Rice Chocolate kan ^___^

Ahaks... hihi...
kata adik..
atas tu Masuk Mulut Letop letop..
yang Bawah tu..LEMBUT macam ROTI..
(ala2 Juri MasterChef pula dia Comment)
^__^


SO....Mufin ni pun dah tinggal 2cup je sekatrang..
Puteri nak Ucapkan..
SELAMAT MENCUBA..

^_____^
TQ

Sunday, November 11, 2012

CHOCOLATE SWEET CAKE

Besar Begitu Gambarnya.. 
^___^

Sebenarnya Kek ni Puteri Buat sebab ada pihak sekolah yang tempah.
Alhamdulillah..
Positif maklumbalas diterima.
^___^

Resepi Sila Follow kat bawah ni yer..

BAHAN-BAHAN :

BAHAN A
  • 280gm Tepung Gandum
  • 40gm Serbuk Koko
  • 1 Sudu Teh Serbuk Penaik
  • 1 Sudu Teh Soda Bikarbonat
BAHAN B
  • 2 Sudu Teh Nescafe
  • 280gm Marjerin-Puteri guna Butter
  • 200gm Gula Halus-Puteri guna Gula Aising
  • 5 Biji Telur
  • 1 Sudu Teh Esen Vanilla
  • 250gm Coklat masakan -Dicairkan
  • 1/4 Cawan Air Sejuk

CARA-CARA>>

  1. Sapu acuan Kek dengan sedikit minyak atau butter dan alas dengan baking paper.
  2. Ayak Bahan A dan Ketepikan.
  3. Larutkan Nescafe dengan air panas dan Ketepikan.
  4. Pukul Mentega atau Butter dan Gula Aising sehingga Kembang.Masukkan Telur SATU demi Satu dan Pukul sebati.
  5. Masukkan esen Vanilla ,diikuti Nescafe dan Coklat yang diCairkan. Kacau Sebati.
  6. Kaup Balikkan Tepung berSELANG-SELI dengan AIR SEJUK sehingga sebati.
  7. Siap masukkan kedalam bekas Acuan dan Bakar pada Suhu 180'C selama 1Jam 30Minit.
  8. Apabila Masak, Sila Sejukkan Dahulu sebelum diPotong.
Sumber: Buku Saji.!

v
v
v
v
v
Bila Siap Kek itu akan jadi SEGELAP ini..
HiHiHi
^____*

Untuk Letak Filling ni..
Boleh letak CHOCOLATE GLAZE...
Caranya :
=Whipping Cream (370gm) -guna yang dalam kotak yer
=Drak Chocolate (300gm)
=Susu Pekat (3Sudu Besar)

#Panaskan Whipping Cream diatas dapur sehingga suam. (Jangan MENDIDIH ok)
Masukkan Coklat Gelap yang telah diHiris dan Susu Pekat.Kacau sehingga Larut.
Boleh lah diTuangkan diAtas Kek tadi.

Untuk Filling DiLapisan Kek.
Ambil Chocolate Glaze tadi, secukupnya, tambahkan dengan jem kesukaan anda.
dan Sapu kan pada setiap Lapisan.
^___^

Siap BerKotak sudaaa...

Sudah Siap Boleh la diHias dengan Cara TerSendiri.

^____^

Selamat MenCuba.