Friday, November 30, 2012

IKAN KUKUS AIR ASAM

Assalamualaikum....Salam Jumaat semua..
Kaum2 Adam sudah sedia ke nak ke MASJID?? hehe

ehum.... 
nak Resepi tak??
sila follow eh..

BAHAN-BAHAN :
  • Ikan (tak kesah la ikan apa pun)
  • 1 sudu makan Asam Jawa (ambil air je)
  • 1 ulas Bawang Besar (dipotong menjadi kecil2)
  • 2 biji Tomato (dipotong menjadi kecil2)
  • 3 biji Cili Api (diHiris)
  • Daun Limau Purut (diHiris)
  • Bunga Kantan (diHiris)
  • Serai (diHiris)
  • Perahan Limau
  • Garam dan Gula
  • Perasa (Jika perlu)

CARA>>
  1. Ikan perlu diBersihkan dan DiPerap dengan Perahan Limau dan Garam.
  2. Kukus Air sehingga mendidih. Sementara tu boleh la sediakan Bahan-bahan lain.
  3. Bila dah air dah mendidih, letakkan Ikan yang bersih didalam Periuk Kukusan.
  4. Kemudian masukkan sedikit bahan2 yang tadi. dan Kukus ikan sehingga Masak.
  5. Setelah masak boleh diHidangkan dan Taburkan Lebihan bahan2 tadi.
  6. Jika ada Kekacang boleh Taburkan diatasnya.
ni lah..sedang kukus ^__^

agak nya Kenal tak Pokok apa ni?? hehe

Alhamdulillah..Puteri dah Kenyang..
dah Siap makan baru UpLoad.. hehe..
Jangan Marah ye..


Selamat Mencuba !
^__^
papai




No comments:

Post a Comment