Sunday, November 11, 2012

CHOCOLATE SWEET CAKE

Besar Begitu Gambarnya.. 
^___^

Sebenarnya Kek ni Puteri Buat sebab ada pihak sekolah yang tempah.
Alhamdulillah..
Positif maklumbalas diterima.
^___^

Resepi Sila Follow kat bawah ni yer..

BAHAN-BAHAN :

BAHAN A
  • 280gm Tepung Gandum
  • 40gm Serbuk Koko
  • 1 Sudu Teh Serbuk Penaik
  • 1 Sudu Teh Soda Bikarbonat
BAHAN B
  • 2 Sudu Teh Nescafe
  • 280gm Marjerin-Puteri guna Butter
  • 200gm Gula Halus-Puteri guna Gula Aising
  • 5 Biji Telur
  • 1 Sudu Teh Esen Vanilla
  • 250gm Coklat masakan -Dicairkan
  • 1/4 Cawan Air Sejuk

CARA-CARA>>

  1. Sapu acuan Kek dengan sedikit minyak atau butter dan alas dengan baking paper.
  2. Ayak Bahan A dan Ketepikan.
  3. Larutkan Nescafe dengan air panas dan Ketepikan.
  4. Pukul Mentega atau Butter dan Gula Aising sehingga Kembang.Masukkan Telur SATU demi Satu dan Pukul sebati.
  5. Masukkan esen Vanilla ,diikuti Nescafe dan Coklat yang diCairkan. Kacau Sebati.
  6. Kaup Balikkan Tepung berSELANG-SELI dengan AIR SEJUK sehingga sebati.
  7. Siap masukkan kedalam bekas Acuan dan Bakar pada Suhu 180'C selama 1Jam 30Minit.
  8. Apabila Masak, Sila Sejukkan Dahulu sebelum diPotong.
Sumber: Buku Saji.!

v
v
v
v
v
Bila Siap Kek itu akan jadi SEGELAP ini..
HiHiHi
^____*

Untuk Letak Filling ni..
Boleh letak CHOCOLATE GLAZE...
Caranya :
=Whipping Cream (370gm) -guna yang dalam kotak yer
=Drak Chocolate (300gm)
=Susu Pekat (3Sudu Besar)

#Panaskan Whipping Cream diatas dapur sehingga suam. (Jangan MENDIDIH ok)
Masukkan Coklat Gelap yang telah diHiris dan Susu Pekat.Kacau sehingga Larut.
Boleh lah diTuangkan diAtas Kek tadi.

Untuk Filling DiLapisan Kek.
Ambil Chocolate Glaze tadi, secukupnya, tambahkan dengan jem kesukaan anda.
dan Sapu kan pada setiap Lapisan.
^___^

Siap BerKotak sudaaa...

Sudah Siap Boleh la diHias dengan Cara TerSendiri.

^____^

Selamat MenCuba.


No comments:

Post a Comment