Friday, November 23, 2012

MUFIN 'FUDGE' COKLAT

Assalamualaikum ...
Hai semua..Menu Petang tadi.. ^___^


yummm!! yumm!!


Nampak macam sedap je kan?
Rasanya?
hihihi A++ laa... 
ok.. resepi ni follow dibawah yer..
Puteri Malas Nak CELOTEH Panjang2.. ^__^

BAHAN-BAHAN :
  • 200gm Tepung Gandum*
  • 40gm Serbuk Koko*
  • 1 sudu teh Serbuk Penaik*
  • 1 sudu teh Soda BerKarbonat*
  • 130gm Gula Kastor
  • 125gm Mentega 
  • 2 biji Telur
  • 50ml Air
  • 1 sudu teh Esen Vanilla
BERTANDA * diAYAK!

CARA>>
  1. Putar mentega dengan Gula di dalam mangkuk adunan hingga kembang.
  2. Setelah itu,masukkan Telur dan Putar sehingga sebati.
  3. Masukkan Esen Vanilla dan gaul rata.
  4. Kemudian, masukkan adunan Tepung yang telah diAyak diSelang Seli dengan Air. Adun hingga sebati.
  5. Tuang adunan ke dalam Loyang Pembakar atau Kek Cawan.
  6. Panaskan Ketuhar pada Suhu 200'C dan Masukkan adunan mufin ke dalam ketuhar.
  7. Bakar 10Minit PerTama,Kemudian TURUNkan Suhu pada 175'C dan tambahkan masa selama 15minit atau hingga Masak.
  8. Setelah Masa Boleh Keluarkan dan Hidang Ikut Citarasa sendiri.
Resepi : MAJALAH RASA!

macam mana??
dah tengok Resepikan tadi??
agaknya senang je kan nak Buatnya?
hihihi..
tapi..
Cara Puteri BerBeza sedikit Kerana Puteri Menggunakan Serbuk Koko yang ada kandungan Gula..
so.. nak ikut cara Puteri Sila Follow Picture di Bawah ni..
HiHiHi.


ini Bahan2 Puteri Guna..
dalam Mangkuk Besar tu Puteri dah AYAK :
Tepung Gandum + Serbuk Penaik + Soda BerKarbonat

sama seperti stap dalam Resepi..
pukul Mentega dengan Gula hingga kembang..
Puteri Kurangkan gula jadi 100gm.

Masukkan Telur dan Putar.

Di Sebabkan Serbuk Koko Puteri dah ada Gula 
Puteri TerPaksa Masukkan Serbuk Koko DULU sebelum 
tepung Gandum.
Putar Sehingga Sebati 

Baru lah diMasukkan Tepung dan diSelang Seli dengan AIR.
kaedah Puteri Guna..
3:3
maksudnya..
3kali Tepung: 3 kali Air
Tepung>Air>Tepung>Air>Tepung>Air
Putar lagi sehingga Larut dan Sebati Sempurna

Masukkan dalam Oven ikut dalam Stap Resepi Asal tadi.
Yang ni Puteri guna Cup Cake Paper..
sahaja tak nak Membazir kan..
corak ni tak cantik coz Puteri MALAS..
HaHaHa..
JANGAN TIRU KEMALASAN Puteri Ok ^__^



yang ni dah siap..
Boleh Laaa Tabur Coklat dan Rice Chocolate kan ^___^

Ahaks... hihi...
kata adik..
atas tu Masuk Mulut Letop letop..
yang Bawah tu..LEMBUT macam ROTI..
(ala2 Juri MasterChef pula dia Comment)
^__^


SO....Mufin ni pun dah tinggal 2cup je sekatrang..
Puteri nak Ucapkan..
SELAMAT MENCUBA..

^_____^
TQ

No comments:

Post a Comment