Monday, December 3, 2012

SAYUR TAUHU TELUR

Assalamualaikum semua..
Selamat Petang.. kejap je dah petang eh..
Perut ni..alhamdulillah..Kenyang sudah.. Tiba masa nak Upload pulak resepinya ye.. HiHiHi ^__^

Bile Tengok sayur ni..
teringat pulak time kerja lama kt Shah Alam..
kadang2 bile time tak bawa Bekal dr Rumah..
mula la membeli kt kedai sebelah tempat Kerja.. 
HeHe

Nak Resepi Follow kat Bawah ni..

BAHAN-BAHAN :
  • Tauhu Telur (2-3batang)
  • 3 ulas Bawang Puteh (dititik atau dikisar)
  • 2 sudu makan Tepung Ubi
  • Telur (2-3biji)
  • Air Bersih secukupnya
  • Garam dan perasa
  • Sayur-sayuran (ikut suka)
CARA-CARA>>
  1. Salutkan tauhu dengan telur kemudian goreng sehingga kekuningan.
  2. Angkat dan Ketepikan.
  3. Untuk kuahnya, tumiskan bawang putih sehingga naik bau dan masukkan air. Biarkan mendidih.
  4. Setelah itu masukkan semua sayuran dan pecahkan 2 biji telur. Biarkan masak seketika.
  5. Perasakan dengan garam dan perasa dan masukkan tepung jagung yang telah dibancuh dengan sedikit air.
  6. Biarkan mendidih dan masukkan tauhu tadi.
  7. Boleh diHidangkan.

Resepi : PuteriSendiri!!

salut dengan telur.. Puteri salut dengan sedikit telur je..
pastu terus goreng..


bila dan nak masak baru masukkan Tauhu telur tu yer.
sebab tauhu telur tu dah masa masa mengoreng.

^_____^
so... Selamat Mencuba Resepi simple..
Puteri memang suka makan begitu sahaja sayur ni.. hehe..
Gemar sangat2 makan sayur.

^,^

No comments:

Post a Comment