Thursday, November 1, 2012

SNOW CHEESE CAKE

Hai semua,
Selamat Pagi..huhu Baru Habis Siap Kerja2 Rumah...
Macam mana Raya Korban Baru2 ni? semua ok je kan? dapat Daging lg kan.. ^__^
Hari ni..Puteri takmahu tulis panjang2..sebab ada Resepi yang lagi panjang nak diKongsi.. HeHe
haa..mcm Tajuk dia la kan..Snow Cheese Cake ni dah Pames daaa..Puteri je lambat Upload kt Blog and Lambat Baking the Cake ni!!
Ni Hasil nya.... ^__^

Ada Rasa Nak Try Buat Tak??
Jom kita Tengok Resepi nya =)

Resepi Asal untuk Snow Cheese Cake ni Puteri ambil dari Seorang Rakan FB Puteri..
Thanks ya Kak Aleen ^___^
Puteri Banyak juga Search dalam Internet Resepi ni..tapi KeBanyakannya terlalu Shortcut pulak...kadang2 tu Tak Faham juga ^_^
Jadi Dengan RendahDiri,(CEWAHH!!) Puteri Tolong Olahkan Resepi ini SeBaik Mungkin..
Now,Let's Go.. >>

BAHAN-BAHAN :
  • 6 Biji Kuning Telur
  • 4 Biji Puteh Telur
  • 100 gm Gula Castor
  • 100 gm Tepung Kek (nak guna Tepung Biasa pun ok)
  • 60 gm Tepung Jagung
  • 50 gm Air Sejuk (dariPetiAis)
  • 1 tsp Baking Powder (Jika Guna Tepung Biasa)
  • 2 tbsp Ovalate (TakLetakpunOk)
  • 75 gm Mentega Cair (Puteri guna Butter cup)

untuk CARAnya Puteri Olah Guna Gambar yer..so Sila Follow Pictures yang diSediakan ^__^
Bagi yang ada Masalah Internet,Baca je la apa yang diTulis kat Bawah Pictures tu Nanti..
HeHeHe Jangan Marah yer *_^


CARA-CARA >>
Ini adalah Bahan-bahan yang diSenaraikan tadi.

See....Butter yang Dicairkan..Masa Mencairkan Butter tu,
Jangan la sampai mengelegak yer..Just guna Api paling kecik.
Dalam Jug tu Air Sejuk dari Peti Ais, dari 50gm tu dapat la 100ml.


1st Pukul Telur bersama Ovalate dan jangan Lupa Esen Vanilla jika Mahu ^_^
Pukul Hingga BerBuih yer,Baru Masukkan Gula Castor.
Guna HIGH SPEED
Jika Letak Ovalate Pastikan Hancur yer.


Kemudian Masukan Air dan Tepung Jagung sekali..
Putar lagi..


Putar Hingga Gebu dan Masukkan Tepung Kek.

Last sekali baru Masukan Butter yang diCairkan
Jadi lah seperti itu =)
Kemudian letak dalam Dulang Pembakar keSukaan anda la,
Pastikan Oven diPanas dulu,
Jika Oven  Puteri,Panaskan pada 180'c 10Minit
dan Bila Masukkan Adunan Kek untuk Bakar 
Puteri Turunkan 150'c bakar selama 1Jam ^_^

Taaraaaa....yang ni dah siap masak.
Puteri Lupa nak Ambil Picture yang Naik dalam Oven tuh..
Sorry tau
^___^

ok..siap Bab Kek,Kita Pergi Bab Buat Cream Cheese Pulak yer..

BAHAN-BAHAN CREAM CHEESE
  • 250 gm Krim Cheese
  • 100 gm Krim Well (Puteri Guna WHIPPING CREAM dalam Kotak)
  • 1 Cawan Susu Pekat (Puteri Guna F&N)
  • 1 Sudu Besar Jus Lemon (Perah je la LeMON tuh)


Masukan Semua Bahan Cream Cheese tadi,
Putar Hingga Sekata, kemudian Masukkan Whipping Cream secukupnya.
Puteri Tak Guna Cream Well sebab Adik2 Puteri tak Suka krim yang banyak =)
Putar Sehingga Gebu, Jangan Lupa Perahan Lemon tau 
Siap Dan Boleh Sapu kat Kek 
^____^

so...Now...Kita pergi ke Bab Menyapu Kek..hihihi ^__^
Bab MenDeko ni Puteri Tak Pandai Sangat =) 

sapu jangan tak Sapu yer ^__^

Dari Cream Cheese tadi Ambil sedikit dan Gaul kan Bersama sedikit Jem BlueBerry 
Jadi la seperti dalam Gambar diAtas ^____^

Letak Jem tu Sepenuhnya ok..
Jangan Malas2..HeHeHe
^___^

Parut kan Cheddar Cheese
Tabur atas Kek Yang DiSapu dengan Cream Cheese tadi 
^__*

Hias la Ikut CitaRasa anda 


Puteri Parut sekali Coklat Puteh dan Dark Coklat 
^___^

Taraaa...........Cantik gitu Letak dalam Bekas dia..
^___^ Puteri Buat Malam tadi..
Pagi ni dah Boleh Potong dan Makan.

SnOw gituu....
(abaikan Pisau tuh)
Pisau Kek Puteri xtau Hilang keMana..
Adk Bongsu Buat main Entah Mana di Simpan.

Wahhh....ada Sesiapa Nak Rasa??

HeHeHe..
Makan Dulu SePotong..
Sat lagi Adik2 Balik sekolah..
Kene Serang Tak dan la Tuan Badan Nak Makan 
+_+

so..iTu sahaja Caranya..
Selamat MenCuba la Resepi ni.


No comments:

Post a Comment