Sunday, November 11, 2012

PECEL TERUNG

Assalamualaikum dan Selamat Hujung Minggu la pd warga2 yang BerCuti ^__^
Hari ni tak masak apa pun.. Just buat Sayur ja..
Puteri tak boleh makan tanpa Ulam!! memang suka Ulam walaupun PAHIT =)
coz Mak & Ayah Puteri yang ajar selalu makan Ulam. HiHiHi.
ok la.. Pecel Terung ni Nama masakan orang Johor..
 kalau ore klate mcm Puteri ni..panggil Sayur Puteh Terung jahh..Dok Ikut namo sangat.. HeHeHe..
(kecek klate pulok doh) =)

Ini lah Rupo dio...Lebih Kurang Sayur Puteh la oppp ^__^
Resepi duk bowoh ni.. sila la tengok des..



BAHAN-BAHAN :
  • Terung -ikut suka la nk buat mcm mana pun.
  • Santan Pekat- Puteri sebiji kelapa
  • Air Asam Jawa secukupnya
  • 3Biji Cili Api*
  • 4Biji Bawang Merah*
  • 3 Ulas Bawang Putih*
  • Isi Ikan Rebus-ikut suka
  • Perasa

ini Bahan2 yang diPerlukan..
tak susah pun nak dapatkan Bahannya kan ^___^

Terung Yang telah Dibersihkan dan diPotong.

CARA-CARA >>
  1. Kisar atau Tumbuk semua Bahan bertanda *. Kemudian Sediakan Santan di dalam Periuk.
  2. Letakkan diAtas api sederhana dan Masukkan bahan yang telah di Kisar.
  3. Selalu kacau sehingga santan itu mendidih dan masukkan Perasa tambahan seperti Garam
  4. Bila Santan sedikit Pekat masukkan Terung dan Air Asam jawa tadi.
  5. Masak sehingga Terung sedikit empuk. Sedia diHidangkan.

Resepi : Puteri Sendiri!!


Puteri Guna 1 biji Kelapa Fresh dr Ladang Tok Ayah..
HiHiHi 
^___^

Disebabkan Malas...
Puteri Kisar jew.. =P

Masukkan Bahan kisar dalam Santan semasa Periuk diatas Api sederhana.
^____^

Kacau3x... biar Pekat sikit. ^___^

Sudah Siap...
Boleh la Makan
^___^

so....Simple je kan Memasak ni.
tak Susah mana..
tak sampai 20Minit pun masak.

ok.
Selamat MenCuba yer.
^____________________________^

No comments:

Post a Comment