Sunday, November 11, 2012

CHEESE TART

Bagi yang sedang mencari cara buat Cheese Tart yang simple ...
sila Follow je..
(Puteri Malas nak cakap panjang) ^____^ jgn marah des.

Jangan Tengok Lama-Lama 
*__________*

BAHAN-BAHAN :
  • 250gm Cream Cheese -ikut jenama korang suka
  • 50gm Gula Kastor
  • 1 Biji Telur-Saiz B kalo boleh
  • 1/2 Sudu Teh Esen Vanilla atau pun Esen Lemon.

CARA-CARA >>
  1. Keluarkan Cream Cheese 20-30 minit sebelum digunakan. Pastikan tidak mencapai SUHU BILIK.
  2. Putar Cream Cheese dan Gula Sehingga Berkrim. Kemudian masukkan Telur dan Esen vanilla atau Esen lemon.-Putar lagi.
  3. Putar sehingga kelihatan gebu. Siap masukkan ke dalam piping bag.
  4. Paip kan Cheese di dalam tart, Jika suka Filling boleh Masukkan SEBELUM paipkan Cheese. 
  5. Bakar pada selama 5Minit pada Suhu 170'c.
**TIP**
#Nak tahu Cheese tu dah Masak atau Tidak, Sentuh Permukaan Cheese dgn jari. Jika TIDAK MELEKAT ia bermakna Telah Masak.

Sumber : Buku Nur.!


Puteri guna Filling Blueberry 
^___^
nak Tukar Filling lain pun ok je.


Buat la apa Corak sekalipun diAtas nya.. 
^__^
Lorek kan Sahaja..

Selamat MenCuba ya.!_^




No comments:

Post a Comment