Friday, November 30, 2012

IKAN KUKUS AIR ASAM

Assalamualaikum....Salam Jumaat semua..
Kaum2 Adam sudah sedia ke nak ke MASJID?? hehe

ehum.... 
nak Resepi tak??
sila follow eh..

BAHAN-BAHAN :
  • Ikan (tak kesah la ikan apa pun)
  • 1 sudu makan Asam Jawa (ambil air je)
  • 1 ulas Bawang Besar (dipotong menjadi kecil2)
  • 2 biji Tomato (dipotong menjadi kecil2)
  • 3 biji Cili Api (diHiris)
  • Daun Limau Purut (diHiris)
  • Bunga Kantan (diHiris)
  • Serai (diHiris)
  • Perahan Limau
  • Garam dan Gula
  • Perasa (Jika perlu)

CARA>>
  1. Ikan perlu diBersihkan dan DiPerap dengan Perahan Limau dan Garam.
  2. Kukus Air sehingga mendidih. Sementara tu boleh la sediakan Bahan-bahan lain.
  3. Bila dah air dah mendidih, letakkan Ikan yang bersih didalam Periuk Kukusan.
  4. Kemudian masukkan sedikit bahan2 yang tadi. dan Kukus ikan sehingga Masak.
  5. Setelah masak boleh diHidangkan dan Taburkan Lebihan bahan2 tadi.
  6. Jika ada Kekacang boleh Taburkan diatasnya.
ni lah..sedang kukus ^__^

agak nya Kenal tak Pokok apa ni?? hehe

Alhamdulillah..Puteri dah Kenyang..
dah Siap makan baru UpLoad.. hehe..
Jangan Marah ye..


Selamat Mencuba !
^__^
papai




Friday, November 23, 2012

MUFIN 'FUDGE' COKLAT

Assalamualaikum ...
Hai semua..Menu Petang tadi.. ^___^


yummm!! yumm!!


Nampak macam sedap je kan?
Rasanya?
hihihi A++ laa... 
ok.. resepi ni follow dibawah yer..
Puteri Malas Nak CELOTEH Panjang2.. ^__^

BAHAN-BAHAN :
  • 200gm Tepung Gandum*
  • 40gm Serbuk Koko*
  • 1 sudu teh Serbuk Penaik*
  • 1 sudu teh Soda BerKarbonat*
  • 130gm Gula Kastor
  • 125gm Mentega 
  • 2 biji Telur
  • 50ml Air
  • 1 sudu teh Esen Vanilla
BERTANDA * diAYAK!

CARA>>
  1. Putar mentega dengan Gula di dalam mangkuk adunan hingga kembang.
  2. Setelah itu,masukkan Telur dan Putar sehingga sebati.
  3. Masukkan Esen Vanilla dan gaul rata.
  4. Kemudian, masukkan adunan Tepung yang telah diAyak diSelang Seli dengan Air. Adun hingga sebati.
  5. Tuang adunan ke dalam Loyang Pembakar atau Kek Cawan.
  6. Panaskan Ketuhar pada Suhu 200'C dan Masukkan adunan mufin ke dalam ketuhar.
  7. Bakar 10Minit PerTama,Kemudian TURUNkan Suhu pada 175'C dan tambahkan masa selama 15minit atau hingga Masak.
  8. Setelah Masa Boleh Keluarkan dan Hidang Ikut Citarasa sendiri.
Resepi : MAJALAH RASA!

macam mana??
dah tengok Resepikan tadi??
agaknya senang je kan nak Buatnya?
hihihi..
tapi..
Cara Puteri BerBeza sedikit Kerana Puteri Menggunakan Serbuk Koko yang ada kandungan Gula..
so.. nak ikut cara Puteri Sila Follow Picture di Bawah ni..
HiHiHi.


ini Bahan2 Puteri Guna..
dalam Mangkuk Besar tu Puteri dah AYAK :
Tepung Gandum + Serbuk Penaik + Soda BerKarbonat

sama seperti stap dalam Resepi..
pukul Mentega dengan Gula hingga kembang..
Puteri Kurangkan gula jadi 100gm.

Masukkan Telur dan Putar.

Di Sebabkan Serbuk Koko Puteri dah ada Gula 
Puteri TerPaksa Masukkan Serbuk Koko DULU sebelum 
tepung Gandum.
Putar Sehingga Sebati 

Baru lah diMasukkan Tepung dan diSelang Seli dengan AIR.
kaedah Puteri Guna..
3:3
maksudnya..
3kali Tepung: 3 kali Air
Tepung>Air>Tepung>Air>Tepung>Air
Putar lagi sehingga Larut dan Sebati Sempurna

Masukkan dalam Oven ikut dalam Stap Resepi Asal tadi.
Yang ni Puteri guna Cup Cake Paper..
sahaja tak nak Membazir kan..
corak ni tak cantik coz Puteri MALAS..
HaHaHa..
JANGAN TIRU KEMALASAN Puteri Ok ^__^



yang ni dah siap..
Boleh Laaa Tabur Coklat dan Rice Chocolate kan ^___^

Ahaks... hihi...
kata adik..
atas tu Masuk Mulut Letop letop..
yang Bawah tu..LEMBUT macam ROTI..
(ala2 Juri MasterChef pula dia Comment)
^__^


SO....Mufin ni pun dah tinggal 2cup je sekatrang..
Puteri nak Ucapkan..
SELAMAT MENCUBA..

^_____^
TQ

Sunday, November 11, 2012

CHOCOLATE SWEET CAKE

Besar Begitu Gambarnya.. 
^___^

Sebenarnya Kek ni Puteri Buat sebab ada pihak sekolah yang tempah.
Alhamdulillah..
Positif maklumbalas diterima.
^___^

Resepi Sila Follow kat bawah ni yer..

BAHAN-BAHAN :

BAHAN A
  • 280gm Tepung Gandum
  • 40gm Serbuk Koko
  • 1 Sudu Teh Serbuk Penaik
  • 1 Sudu Teh Soda Bikarbonat
BAHAN B
  • 2 Sudu Teh Nescafe
  • 280gm Marjerin-Puteri guna Butter
  • 200gm Gula Halus-Puteri guna Gula Aising
  • 5 Biji Telur
  • 1 Sudu Teh Esen Vanilla
  • 250gm Coklat masakan -Dicairkan
  • 1/4 Cawan Air Sejuk

CARA-CARA>>

  1. Sapu acuan Kek dengan sedikit minyak atau butter dan alas dengan baking paper.
  2. Ayak Bahan A dan Ketepikan.
  3. Larutkan Nescafe dengan air panas dan Ketepikan.
  4. Pukul Mentega atau Butter dan Gula Aising sehingga Kembang.Masukkan Telur SATU demi Satu dan Pukul sebati.
  5. Masukkan esen Vanilla ,diikuti Nescafe dan Coklat yang diCairkan. Kacau Sebati.
  6. Kaup Balikkan Tepung berSELANG-SELI dengan AIR SEJUK sehingga sebati.
  7. Siap masukkan kedalam bekas Acuan dan Bakar pada Suhu 180'C selama 1Jam 30Minit.
  8. Apabila Masak, Sila Sejukkan Dahulu sebelum diPotong.
Sumber: Buku Saji.!

v
v
v
v
v
Bila Siap Kek itu akan jadi SEGELAP ini..
HiHiHi
^____*

Untuk Letak Filling ni..
Boleh letak CHOCOLATE GLAZE...
Caranya :
=Whipping Cream (370gm) -guna yang dalam kotak yer
=Drak Chocolate (300gm)
=Susu Pekat (3Sudu Besar)

#Panaskan Whipping Cream diatas dapur sehingga suam. (Jangan MENDIDIH ok)
Masukkan Coklat Gelap yang telah diHiris dan Susu Pekat.Kacau sehingga Larut.
Boleh lah diTuangkan diAtas Kek tadi.

Untuk Filling DiLapisan Kek.
Ambil Chocolate Glaze tadi, secukupnya, tambahkan dengan jem kesukaan anda.
dan Sapu kan pada setiap Lapisan.
^___^

Siap BerKotak sudaaa...

Sudah Siap Boleh la diHias dengan Cara TerSendiri.

^____^

Selamat MenCuba.


CHEESE TART

Bagi yang sedang mencari cara buat Cheese Tart yang simple ...
sila Follow je..
(Puteri Malas nak cakap panjang) ^____^ jgn marah des.

Jangan Tengok Lama-Lama 
*__________*

BAHAN-BAHAN :
  • 250gm Cream Cheese -ikut jenama korang suka
  • 50gm Gula Kastor
  • 1 Biji Telur-Saiz B kalo boleh
  • 1/2 Sudu Teh Esen Vanilla atau pun Esen Lemon.

CARA-CARA >>
  1. Keluarkan Cream Cheese 20-30 minit sebelum digunakan. Pastikan tidak mencapai SUHU BILIK.
  2. Putar Cream Cheese dan Gula Sehingga Berkrim. Kemudian masukkan Telur dan Esen vanilla atau Esen lemon.-Putar lagi.
  3. Putar sehingga kelihatan gebu. Siap masukkan ke dalam piping bag.
  4. Paip kan Cheese di dalam tart, Jika suka Filling boleh Masukkan SEBELUM paipkan Cheese. 
  5. Bakar pada selama 5Minit pada Suhu 170'c.
**TIP**
#Nak tahu Cheese tu dah Masak atau Tidak, Sentuh Permukaan Cheese dgn jari. Jika TIDAK MELEKAT ia bermakna Telah Masak.

Sumber : Buku Nur.!


Puteri guna Filling Blueberry 
^___^
nak Tukar Filling lain pun ok je.


Buat la apa Corak sekalipun diAtas nya.. 
^__^
Lorek kan Sahaja..

Selamat MenCuba ya.!_^




PECEL TERUNG

Assalamualaikum dan Selamat Hujung Minggu la pd warga2 yang BerCuti ^__^
Hari ni tak masak apa pun.. Just buat Sayur ja..
Puteri tak boleh makan tanpa Ulam!! memang suka Ulam walaupun PAHIT =)
coz Mak & Ayah Puteri yang ajar selalu makan Ulam. HiHiHi.
ok la.. Pecel Terung ni Nama masakan orang Johor..
 kalau ore klate mcm Puteri ni..panggil Sayur Puteh Terung jahh..Dok Ikut namo sangat.. HeHeHe..
(kecek klate pulok doh) =)

Ini lah Rupo dio...Lebih Kurang Sayur Puteh la oppp ^__^
Resepi duk bowoh ni.. sila la tengok des..



BAHAN-BAHAN :
  • Terung -ikut suka la nk buat mcm mana pun.
  • Santan Pekat- Puteri sebiji kelapa
  • Air Asam Jawa secukupnya
  • 3Biji Cili Api*
  • 4Biji Bawang Merah*
  • 3 Ulas Bawang Putih*
  • Isi Ikan Rebus-ikut suka
  • Perasa

ini Bahan2 yang diPerlukan..
tak susah pun nak dapatkan Bahannya kan ^___^

Terung Yang telah Dibersihkan dan diPotong.

CARA-CARA >>
  1. Kisar atau Tumbuk semua Bahan bertanda *. Kemudian Sediakan Santan di dalam Periuk.
  2. Letakkan diAtas api sederhana dan Masukkan bahan yang telah di Kisar.
  3. Selalu kacau sehingga santan itu mendidih dan masukkan Perasa tambahan seperti Garam
  4. Bila Santan sedikit Pekat masukkan Terung dan Air Asam jawa tadi.
  5. Masak sehingga Terung sedikit empuk. Sedia diHidangkan.

Resepi : Puteri Sendiri!!


Puteri Guna 1 biji Kelapa Fresh dr Ladang Tok Ayah..
HiHiHi 
^___^

Disebabkan Malas...
Puteri Kisar jew.. =P

Masukkan Bahan kisar dalam Santan semasa Periuk diatas Api sederhana.
^____^

Kacau3x... biar Pekat sikit. ^___^

Sudah Siap...
Boleh la Makan
^___^

so....Simple je kan Memasak ni.
tak Susah mana..
tak sampai 20Minit pun masak.

ok.
Selamat MenCuba yer.
^____________________________^

Tuesday, November 6, 2012

AYAM REMPAH KETUMBAR

Assalamualaikum semua,
dah Lunch belum??
rasanya kalau tengok Ayam dalam gambar nanti..terLiur tak? hihihi..


HeHeHe bukan Ayam Golek tau!!


Macam mana..ada yang nak tak?? Jom kita Buka Resepi nya..
Resepi ni Puteri Buat main Campak je.. Mana yang terLintas kt Kepala masa tu itu lah Bahannya.
DiTambahan pula Mak Puteri jadi Juri so..Dia suruh la Masuk itu Masuk ini.. bla bla bla...
tapi HASIL nya..memang TIPTOP la.. 5BINTANG FULL untuk Puteri.. hihi
Bangga ni Dapat Pujian dari Mak TerSayang.. ^__~
ok la..Banyak pulak nak CELOTEHnya.. jOm tengok Resepinya. 

BAHAN-BAHAN :
  • 1 Ekor Ayam -dibersihkan 
  • 1 Batang Serai
  • 3 Inci Halia
  • Daun Ketumbar -jika ada
  • Daun Limau Purut-puteri tambah
  • Daun Kari-puteri tambah
  • Lada Hitam-puteri tambah
  • 1 Sudu Makan Serbuk Cili
  • 1/2 Sudu Teh Serbuk Kunyit
  • 1/2 Sudu Serbuk Ketumbar
  • 2 Biji Limau Nipis -Puteri guna Limau Kasturi
  • Perasa, Garam dan Gula secukupnya

CARA-CARA >>
  1. Ayam dibasuh sebersihnya,Buang mana2 yang patut.
  2. Kisar Semua Bahan tadi, bahan ni terus diPerap bersama ayam yang dibasuh.
  3. Kemudian Perahkan Limau.Perap selama 1jam atau lebih.
  4. Bakar dalam Ketuhar, jika Ketuhar Puteri 200'c selama 1Jam.Guna Api Atas Bawah
  5. Perhatikan Ayam dalam Ketuhar, Balik2 kan mana2 Bahagian yang tak Masak.Bila dan Siap boleh deko ikut suka.
*p/s : Bahan-bahan yang diKisar tadi Boleh Jua diTumis Hingga garing dan Baru diPerap bersama ayam. tapi Puteri tak guna pun cara tersebut..
Puteri Suka Cara Puteri Simple dan Sedap dimakan ^__^


Resepi : Puteri Sendiri!


Ini Cara Puteri..Malas nak tumis2.. 
Terus Perap dan Bakar..
Kurangkan Lemak2 
HiHiHi
^__^

Oh...Seksinya Saya...
BerJemu diDalam Ketuhar O__O


Simple je..Ayam Rempah Ketumbar 
dan yang satu lagi Acar Sayur..
^__^


Begini lah jadi Apabila diPotong ^__^
Tabur la Black Pepper atau apa2 kesukaan anda.


so...Selamat Menjamu Selera yer..
Selamat Mencuba =)









Sunday, November 4, 2012

CRUST OR SHELL FOR TART

Nah..Puteri Suka Juga buat Tart, dan ada satu Resepi Simple cara nak Buat Crust atau Shell untuk Tart neh..
meh meh...Kita tengok apa Bahan dia yer.. ^__^


 Ni Belum Masak Lagi yer.. ^__^

BAHAN-BAHAN :
  • 170gm Butter/marjerin
  • 50gm Gula Aising
  • 1 Biji Telur
  • 290gm Tepung Gandum
  • 1 Sudu Kecil Esen Vanilla
  • Acuan Tart

Ini Lah Bahannya.. 

CARA-CARA>>
  1. Pukul Butter dan Gula Aising Menggunakan Senduk kayu.-Jangan Lama sangat tau.
  2. Masukkan Telur dan Esen Vanilla.-Uli dengan senduk lagi
  3. Masukkan Tepung Gandum Sedikit Demi Sedikit.
  4. Uli Sehingga Menjadi Doh yang Lembut.-Jika masih Melekat kat Tangan Tambah lg sedikit Tepung **tapi jangan sampai Doh tu Keras yer.
  5. Uli sebati sehingga Doh tidak Melekat kat Bekas.
  6. **Untuk Hasil Doh yang Terbaik,Masukkan Doh dalam Plastik Beg atau Piping beg kemudian Simapan dalam Peti ais semalaman.
  7. Jika tak nak Masuk dalam Peti Ais, Boleh terus Terapkan ke dalam Acuan Tart.
  8. Acuan yang telah di Isi dengan Doh tadi, Dicucuk dengan Menggunakan Garfu dan Bakar pada Suhu 170'c selama 20-25 minit.-bergantung pada Oven masing2 yer.
#CRUST ATAU SHELL yang telah masak boleh disimpan dalam bekas kedap udara untuk keGunaan bila perlu. tapi jangan terlebih dari SEBULAN yer!

Resepi : Kakak azlita
Olahan Resepi : Puteri Sendiri!

satukan Butter dan Gula Aising

masukkan telur dan Esen Vanilla

Putar guna Senduk je..
xperlu Mixer ^__^

Sehingga Doh tidak Melekat lagi kat Bekas.

yang ni Puteri Letak dalam Piping beg.. 
And Letak dalam Peti Ais dalam 5 -6 Jam.


yang ni..sedia untuk di Bakar.. huhuhu..

so...

Selamat Mencuba yer!
*acuan Besar ke Kecil itu Up to u all la.. 
^___^



POPIA INTI SAYUR

Hai Semua,Tengah Buat apa tu??
HiHiHi..meh Puteri nak Share Resepi simple nih..

Yammmii... ^__^
bagi Pengemar Sayur..

Bahan nya Mestilah SAYUR..
kalau nak masukkan udang halus ke, boleh jugak.. ^_^
ikut Citarasa korang la kan..
tapi yang ni Puteri Letak sedikit Perasa Tambahan,
macam Kiub Pati ayam tuh..
untuk Tambah Selera.

Perap kan sekejap Bahan2 tu, Kemudian Boleh la Gulong dengan Kulit Popia
yang siap diBeli..
dan Boleh Goreng
^___^

tak susah kan Buat nya ..
yang susah Bila ada MALAS..
HIHIHI..
Puteri pun sama..kadang2 MALAS juga!

Selamat Mencuba ya ^_^