Friday, March 8, 2013

NASI PLANTA DAN AYAM MADU BAKAR


HAI..
lagi Resepi yang Puteri Nak Kongsi..
Lunch Hari ni Puteri Masak Nasi Planta dan Ayam Madu Bakar..
dah ada kt Rumah sendiri memang senang nak masak apa pun....
suka bila tengok Adik2 makan Masakkan Kakaknya..
hehe.. Like Like Like...
lagi3x Bila diorang Tanya..
"Along Nak Masak Apa Hari ni?"
hahaha ^____^ Sweet Betul la diorang ni..


Wahh...nampak...
apakah?
Sebelum Makan Baca Doa Dulu yer...
^___^

ni...Sambil Masak siap Boleh Jadi CIKGU untuk Adik Bongsu lg..
bak kata diorang..
"Along ni Semua Pandai, boleh masak, boleh ajar buat keje sekolah, tahu nak makan ubat apa, tahu rawat luka pun..along tak nak jadi doktor ker?"
HAHAHAHA..
Doktor tu la Cita-Cita Puteri..
tapi Nampak Gaya tak KeSampaian pun..
Jadi Doktor utk Husband and Anak-Anak je Nanti..=_=
tp
pandai ker???
Puteri ni Kakak..
mana la Puteri tak pandai dah Besar..
dah Boleh Kahwin..
soal Adik lagi
"Bila la Along Nak Kahwin? Asyik Ambil Anak Orang je Buat Main?"
hahaha....
abaikan je soalan diorang tuu..

Makan...
ni je la...Puteri Tak Buat Kuah..
sebab Beras yang Mak Puteri pakai memang beras lembut..
sukatan air pun kene betul..
kalau tak jadi bubur atau keras tak lut nak makan laaa 
u all kalau nak kuah..
boleh je buat suap atau gulai apa2 lah..
atau boleh jadikan sambal Nasi Ayam sebagai Kuah..
ni Link Nasi Ayam Daun Pandan



ok..Jom kita ke Menu Utama:

NASI PLANTA asalnya Putih Cream Putih je..
u all boleh letak pewarna Kuning sedikit kalau nak nampak kuning mcm pic atas ni..

BAHAN-BAHAN UNTUK NASI PLANTA :
  • Beras-dibersih dan ditoskan
  • 1 sudu Besar Planta
  • 2 biji Bawang Merah-dihiris
  • 1 Bawang Putih-dihiris
  • 1 inc Halia-dihiris
  • kulit kayu manis (REMPAH 3SEKAWAN)
  • Daun Pandan
CARA-CARA>>
Dalam Periuk Nasi, masukkan Planta kemudian tumis semua bahan diatas
sehingga Naik Bau.

Bila dah Naik Bau boleh letakkan Daun Pandan.

Seterusnya letakkan Beras yang ditoskan.
Gaul kan sebati.

Jangan lupa...
masukkan Air secukupnya mengikut sukatan yang betul.
Boleh letak perwarna kuning jika suka
masak hingga Nasi masak yer..

Taraaa..
dah siap bab Nasi..


AYAM MADU BAKAR

BAHAN-BAHAN UNTUK AYAM MADU BAKAR :
  • Ayam-dibersihkan
  • 1 sudu Serbuk Kunyit
  • 1 sudu kecil Serbuk Rempah Kari
  • Sedikit Cili Boh(cili kisar)
  • 1 sudu kecil Sos Tiram
  • Garam  dan Perasa
  • 3 Sudu Besar Madu
CARA-CARA>>

Perapkan Semua Bahan diatas bersama Ayam yang telah di bersihkan.
Perap dalam sejam.

ni la rupanya...

Sedia untuk di Bakar..

kesian..
kene bakar daaa..
ni kalau guna Arang..
kene balik balik kan ayam ni..
nak elak dari kulit ayam ni hitam terbakar..
u all boleh bakar guna oven.
180'c selama sejam.
pandai2 agak kepanasan oven yer..

taraaaaaa.......
kesian Hitam daa..
Hitam sebab kulit Ayam tu.. dan ditambah madu..
tapi jangan HITAM LEGAM HANGGIT dah la yer...

ACAR KOBIS MANGGA


BAHAN-BAHAN UNTUK ACAR KOBIS MANGGA:
  • Kobis-hiris halus
  • Mangga-hiris halus
  • Biji sawi-disangai
  • Bawang Merah-dihiris
  • Cili merah/hijau-dihiris
  • Cuka
  • Gula dan Garam
CARA-CARA>>
campurkan sahaja semua bahan diatas..
letakkan gula dan garam secukupnya
dan
cuka.
gaul sebati.

kemudian letakkan mangga yang dihiris atau diparut.
siap boleh dimakan terus buat macam COLEK (bhs klate doh)
hehe...


RESEPI : PUTERI SENDIRI!!
ok la u all..dah petang...
Puteri nak g Main dengan si kecil..
hehe..anak orang je Makmah..
Anak sendiri tak ada lg..
sebab belum Nikah..
wakakakah..
anyway..
SELAMAT MENCUBA..
TATA 
^_________________________^








No comments:

Post a Comment