Sunday, March 31, 2013

NASI IMPIT ALA KELANTAN

Bismillahirahma'nirahim..
makan dulu..
hehe.. ni 
Juadah Buka Puasa..
Alhamdulillah Puasa Ganti sudah DiTampal..
jd TAK PERLU RISAU LG nak ganti dekat2 bulan puasa nanti kan =)

meh Puteri nak Kongsi Resepi Nasi Impit yg Puteri suka dan 
Selalu buat time Raya =)
Follow yer.. Pakai Picture la yer..
dah malas nak Taip Pepanjang macam biasa.. 
hehehehe...
Letih sebab baru Baik dari Sakit..
huhuhu..
Sakit itu Allah Uji Tanda Sayang kat Hamba-Nya..
Mudah-mudahan ada Hikmahnya..
InshaaALLAH,
aamiinn..

BAHAN-BAHAN :

Kelapa ni.. 
kita ambil santan nya yer..
untuk Kuah Kacang

Ikan ni Kita Rebus..
rebus sampai masak.
bila dah masak Baru kita ambil isi ikan ni..
untuk sambal ikan


Kacang Tanah yang digoreng tanpa minyak..


Kelapa Parut 
digoreng tanpa minyak untuk sambal ikan.

ni Bahan2 nak Buat nya :
kacang tanah yg telah di goreng dn kupas kulitnya yer..
cili kering di goreng
bawang merah dihiris dan digoreng
serai di hiris halus..
kelapa parut yg digoreng ditumbuk halus


ni Picture dekat yer...
Cili Kering diGoreng jangan sampai Hangit yer..
Macam tu dgn Bawang =)



ni Cara-Cara Kuah Kacang :
Blander semua bahan2 diatas tadi yer.
Bawang merah goreng + cili kering goreng + serai dengan sedikit air.
kemudian letak dalam periuk..
masukkan santan..
masak hingga kuah mendidih..
Wajib kacau selalu ok..
bila dah di kacau akan jadi macam ni la..

sambil kacau2 tadi..
masukkan Nisan atau gula merah yer..
dan perasa tambahan


kemudian bila Kuah Kacang tu dah masak..
Masukkan Kacang tanah yg telah di tumbuk..
masuk ikut suka la..
kalau rasa nak pekat dn rasa kacang buh banyak pun tak pe.. 
tapi jangan over


ok..
Ni nak buat Sambal Ikan untuk Nasi Impit :
 cara nya:
Bawang Merah
Serai 
Isi ikan
Garam

MUDAH je nak buat..
Tumbuk Bawang merah  dan serai 
kemudian masukkan isi ikan.
tumbuk dan kaup balik kan..


bila isi ikan dah di tumbuk dengan bawang merah tadi..
boleh  gaulkan dengan kelapa parut yg digoreng dan ditumbuk halus..

kalau nak tumbuk kelapa goreng tu time isi ikan tadi pun ok jugak..
tak perlu buat kerja banyak kali.


Taraaa... jadi la Sambal Ikan Nasi Impit..


Jemput makan..
NASI IMPITNYA..
IMPIT JE LA  KT KEDAI..
HEHEHE.. BELI YANG NONA PUNYA..

KALAU RAJIN..
 BOLEH JE..
CUCI BERAS, KEMUDIAN LETAK DALAM PLASTIK DAN TANAK DALAM PERIUK..
BILA DAH MASAK.
ANGKAT DAN HIMPIT LA DENGAN BENDA BENDA BERAT BIAR MAMPAT PADAT GITU..


simple je kan masak ni..
tak susah..
susah kalau MALAS..
HEHE 

Selamat Mencuba yer 
^___^


BUBUR PULUT HITAM



Hai semua...
ehh.. apa ni??
Kenal tak apa??
Cuba Teka? 
Siapa Tahu??
hmmm....

Follow je la Resepi kat Bawah yer =)

BAHAN-BAHAN :
  • Beras Pulut Hitam (dlm plastik kt pasar ada jual)
  • Air secukupnya
  • 1 Biji Kelapa (ambil Santan)
  • 2 Ketul Gula Melaka
  • 1 Senduk Gula
  • Daun Pandan 
CARA-CARA >>

  1. Beras Pulut Hitam direndam selama sejam atau lebih. Kemudian di Tos dan diTanak sehingga Masak dengan Air secukupnya. (jangan mcm Tanak Nasi pulak)
  2. Bila dah masak, Masukkan Santan dah masak lagi.
  3. Kemudian masukkan Gula melaka dan gula berserta daun pandan.
  4. Masak sehingga Santan agak pekat.
  5. siap Boleh diHidang. 

mcm ni la Beras Pulut Hitam tu selepas diTanak.


Masukan Santan yer... =)


Kacau Sempurna

Jangan Lupa Daun Pandan, Gula Melaka dan Gula yer =)

 siap Boleh di Makan..

simple tak???
 hehehe
Selamat Mencuba yer =)



Monday, March 11, 2013

HOMEMADE APAM BERAS

Assalamualaikum dan Selamat Petang semua..
U all buat pe je petang ni?
baru balik kerja ek?
bagus la ada kerja... tak macam Puteri.. jadi SuriRumah Sepenuh masa..
(eh3x..sejak bila pulak Nikahnya..)
hehe..Gurau jaaa....

ni Juadah berbuka Puasa untuk Hari ni..
hehe..
^____^
 yam yam yam...
SABAR !!

ohh...apam...
Puteri memang Suka makan Apam Beras ni....
sedap sedap sedap
(ala upin ipin pulak daaa)
^_^_^


Kuih Kuih..
Yg pertama mencuba..
adalah my Daddy..
kata Ayah... Sedap ... mcm orang tukang buatnya..
Kembang Hidung.. hehe... 
Mekar macam Apam laaa..
^___^

RESEPI : PUTERI
SUMBER : BONDA


BAHAN-BAHAN:

  • 2 Cawan Nasi
  • 2 Cawan Tepung Gandum
  • 2 Cawan Tepung Beras
  • 1 Cawan Brown Sugar
  • 3/4 Cawan Gula
  • 2 1/2 Cawan Air
  • 1 Sudu Kecil Yis (Mauripan)
  • Isi kelapa Parut di Gaul bersama Garam
CARA-CARA>>

Mula sekali Blend Nasi sampai Hancur yer..
kalau ada Nasi semalam lg ok..
tp jangan BASI tau!!


disebab Puteri KEMALASAN..
MAIN SUKAT PAKAI CAWAN NI JEW!!!!
SO airnya menjadi 4 CAWAN PENUH...!!
Blend la nasi dengan air tu...

bila dah hancur..
masukkan brown sugar + Gula..
(puteri masukkan sedikit gula)
u all boleh ikut masukkan gula kalau suka..

ok ..sementara blend nasi + air + brown sugar td..
dalam bekas lain,
masukkan Tepung Gandum.


Kemudian masukkan Tepung Beras pula.


dan jangan lupa 1 sudu kecil yis mauripan
(dalam resepi ni Puteri TAK GUNA RANGI)
gaul sebati yer semua adunan td.

ok..
bahan yang di blend tadi disatukan dengan Tepung.
gaul sebati .
sehigga semua bahan tadi sedikit pekat cair.


Bila adunan dah pekat macam ni..
boleh la di perap untuk 3 JAM.

Selepas 3jam berlalu,
panaskan kukusan
dan paipkan adunan ke dalam acuan.

Kukus selama 15minit atau sehingga masak.

Yang lebih ni boleh buat mcm ni..hehe
ikut suka u all la..


taraaaraaa.
yg sedia dan yg akan dikukus..
Dah siap boleh la letak Kepala Parut di atas nya..
siap..
boleh makan..


yam yam..


comel tak saya??
^__________^
ok utk u all..
Selamat Mencuba yer..
senang jew..

Friday, March 8, 2013

NASI PLANTA DAN AYAM MADU BAKAR


HAI..
lagi Resepi yang Puteri Nak Kongsi..
Lunch Hari ni Puteri Masak Nasi Planta dan Ayam Madu Bakar..
dah ada kt Rumah sendiri memang senang nak masak apa pun....
suka bila tengok Adik2 makan Masakkan Kakaknya..
hehe.. Like Like Like...
lagi3x Bila diorang Tanya..
"Along Nak Masak Apa Hari ni?"
hahaha ^____^ Sweet Betul la diorang ni..


Wahh...nampak...
apakah?
Sebelum Makan Baca Doa Dulu yer...
^___^

ni...Sambil Masak siap Boleh Jadi CIKGU untuk Adik Bongsu lg..
bak kata diorang..
"Along ni Semua Pandai, boleh masak, boleh ajar buat keje sekolah, tahu nak makan ubat apa, tahu rawat luka pun..along tak nak jadi doktor ker?"
HAHAHAHA..
Doktor tu la Cita-Cita Puteri..
tapi Nampak Gaya tak KeSampaian pun..
Jadi Doktor utk Husband and Anak-Anak je Nanti..=_=
tp
pandai ker???
Puteri ni Kakak..
mana la Puteri tak pandai dah Besar..
dah Boleh Kahwin..
soal Adik lagi
"Bila la Along Nak Kahwin? Asyik Ambil Anak Orang je Buat Main?"
hahaha....
abaikan je soalan diorang tuu..

Makan...
ni je la...Puteri Tak Buat Kuah..
sebab Beras yang Mak Puteri pakai memang beras lembut..
sukatan air pun kene betul..
kalau tak jadi bubur atau keras tak lut nak makan laaa 
u all kalau nak kuah..
boleh je buat suap atau gulai apa2 lah..
atau boleh jadikan sambal Nasi Ayam sebagai Kuah..
ni Link Nasi Ayam Daun Pandan



ok..Jom kita ke Menu Utama:

NASI PLANTA asalnya Putih Cream Putih je..
u all boleh letak pewarna Kuning sedikit kalau nak nampak kuning mcm pic atas ni..

BAHAN-BAHAN UNTUK NASI PLANTA :
  • Beras-dibersih dan ditoskan
  • 1 sudu Besar Planta
  • 2 biji Bawang Merah-dihiris
  • 1 Bawang Putih-dihiris
  • 1 inc Halia-dihiris
  • kulit kayu manis (REMPAH 3SEKAWAN)
  • Daun Pandan
CARA-CARA>>
Dalam Periuk Nasi, masukkan Planta kemudian tumis semua bahan diatas
sehingga Naik Bau.

Bila dah Naik Bau boleh letakkan Daun Pandan.

Seterusnya letakkan Beras yang ditoskan.
Gaul kan sebati.

Jangan lupa...
masukkan Air secukupnya mengikut sukatan yang betul.
Boleh letak perwarna kuning jika suka
masak hingga Nasi masak yer..

Taraaa..
dah siap bab Nasi..


AYAM MADU BAKAR

BAHAN-BAHAN UNTUK AYAM MADU BAKAR :
  • Ayam-dibersihkan
  • 1 sudu Serbuk Kunyit
  • 1 sudu kecil Serbuk Rempah Kari
  • Sedikit Cili Boh(cili kisar)
  • 1 sudu kecil Sos Tiram
  • Garam  dan Perasa
  • 3 Sudu Besar Madu
CARA-CARA>>

Perapkan Semua Bahan diatas bersama Ayam yang telah di bersihkan.
Perap dalam sejam.

ni la rupanya...

Sedia untuk di Bakar..

kesian..
kene bakar daaa..
ni kalau guna Arang..
kene balik balik kan ayam ni..
nak elak dari kulit ayam ni hitam terbakar..
u all boleh bakar guna oven.
180'c selama sejam.
pandai2 agak kepanasan oven yer..

taraaaaaa.......
kesian Hitam daa..
Hitam sebab kulit Ayam tu.. dan ditambah madu..
tapi jangan HITAM LEGAM HANGGIT dah la yer...

ACAR KOBIS MANGGA


BAHAN-BAHAN UNTUK ACAR KOBIS MANGGA:
  • Kobis-hiris halus
  • Mangga-hiris halus
  • Biji sawi-disangai
  • Bawang Merah-dihiris
  • Cili merah/hijau-dihiris
  • Cuka
  • Gula dan Garam
CARA-CARA>>
campurkan sahaja semua bahan diatas..
letakkan gula dan garam secukupnya
dan
cuka.
gaul sebati.

kemudian letakkan mangga yang dihiris atau diparut.
siap boleh dimakan terus buat macam COLEK (bhs klate doh)
hehe...


RESEPI : PUTERI SENDIRI!!
ok la u all..dah petang...
Puteri nak g Main dengan si kecil..
hehe..anak orang je Makmah..
Anak sendiri tak ada lg..
sebab belum Nikah..
wakakakah..
anyway..
SELAMAT MENCUBA..
TATA 
^_________________________^