Tuesday, October 23, 2012

GULAI KERING CENDAWAN KAMPUNG

Assalamualaikum semua...Alhamdulillah Cuaca pagi td baik je...
sempat la turun ke Belakang rumah Tok..tengok Sawah cuci mata =)
oh....pastu kan ternampak pulak Kulat Sisir comel yang tumbuh bak Cendawan kt Batang pokok tumbang..
so..apa lagi..Kutip la satu per satu.. ^___^

Ni lah dia Kulat Sisir.nama diPanggil.. =)

Nah.....seBekas Besar..tu Diaaa...
*_*_*

Potong Kulat tuh...
Buang yang Hitam kt belakang tuh jew ^__^

Bila diPotong..dah jadi macam gini..kecik2 gitu kan 

Dah Siap tuh..jadi Banyak cm gini laaa
^______^
Basuh bersih-bersih..
kasi buang semua kotoran...
kalau ada Pasir ke apa ke..Buang2 cuci2 sampai bersih..
^____________________^
Asyik tunjuk gambar je Puteri ni kan..
mane Resepinya..
ok..Jom kite tengok Resepi nya...
Resepi ni mesti la dari Warisan turun Temurun Mak Puteri..
Jarang Puteri pakai Resepi Orang =)
Air tangan Mak lagi Sedap kan 
^____^
so...ini Resepinya...
>>>>>



eh eh....GaMbar lagi...hihihi ^__^
Jangan Maraaa naa...
yang dalam gambar ni la Bahannya.. 
yang Daun tuh diPanggil :
Daun Cekok Manis..
kalau kat Kampung senang Petik..
kalau kt Bandar..xtau la nak cari kat mane..PasarRaya la kot.. 
=)

Bahan-Bahan :
  • 4 Biji Bawang Merah
  • 1 Inci Kunyit Hidup (nak Pakai serbuk Boleh je kot) tp xtau rasa pe
  • 6 Tangkai Cili Kering
  • 1 Mangkuk Kecil Santan
  • 1 Biji Telur
  • Kulat Sisir
  • Daun Cekok Manis
  • Garam dan Perasa

CARA >
  1.  Kisar Bawang Merah bersama Cili Kering dan Kunyit Hidup .
  2. Masukkan semua bahan Kisar ke dalam periuk diIkuti dengan Santan.
  3. Buka api Sederhana,Masukkan Kulat Sisir yang telah diBersihkan.
  4. Kacau selalu sehingga Kuah santan itu mendidih yer.
  5. Setelah nampak Kuah Pekat masukkan Perasa dan Garam secukupnya.
  6. Kemudian Pecahkan sebiji Telur dan Masak lagi.
  7. Jangan Lupa Daun Cekok Manis , (Nak Ganti dengan sayur lain pun ok kot.tapi Puteri tak tau rasa apa)
  8. Masak sehingga Kuah sedikit kering.
  9. Siap boleh diMakan dengan Nasi Putih.
ni la Bahan kisar..Masuk je dalam Periuk TAK PERLU MINYAK pun

haa...see....
Kuah dan mendidih tu kan..
CANTIK kan kaler kunyit tuh..asli tau..
^___^

TARAAAAA....>>
Siap sudah....
Simpe je kan..Xlama pun masak..bile dah Empuk Kulat tuh..
Boleh tutup api..
xde Kuah kan..sbb tu panggil 
Gulai Kering =)

Jadi...
Pada yang nak Cuba...
Selamat Mencuba yer.

Puteri pun Nak rest dulu..
Banyak keje hari ni..
Kehulu Kehilir dengan Mak..
almaklumlah...
Raya Haji dah Dekat..
Fikir nak Buat JUADAH apa raya nanti..
ok..
Sekian dr Puteri. 
^________________^










Monday, October 22, 2012

KEREPEK UBI PEDAS

Hujan Lebat Sejak  2 3hari ni kan..
nak g mana2 pun xleh..tp kalau duk kampung..tanam Ubi dapat la makan Hasilnya.. =)
meh meh..Puteri nak Share Resepi Kerepek Ubi yang Puteri Biasa buat..
Resepi ni Turun Temurun dari Mak Puteri =) hihihi
Jom.....

hihihi...Apa ni?? Ubi laa...
kan..Bila di Kampung..Petik je diBelakang rumah 
=) 

Sudah Jadi Kerepek Ubi =)
Jom....tengok Resepi pulak..

Bahan-Bahan :
  • Ubi secukupnya
  • 4Biji Bawang Putih
  • 2Biji Bawang Merah
  • Cili Kering (Ikut suka Nak Pedas Letak Banyak sikit)
  • Gula
  • Garam
  • Minyak untuk mengoreng dan menumis

ok..Ini Bahannya..Nak Buat Senang jew 

CARA >
  1. Ubi DiHiris Nipis-nipis,kemudian Bilas bersih dengan air dan Rendam dengan Air garam seketika. (Puteri rendam pagi,Petang dan boleh goreng)-Kemudian Goreng garing hingga Kekuningan.
  2. Setelah selesai Mengoreng ubi, Ketepikan. Kisar semua Bahan dalam Gambar tadi, Bawang Merah, Bawang Putih dan Cili Kering.
  3. Dalam Kuali, Panaskan Minyak kemudian Tumis Bahan Kisar tadi.
  4. Tumis Hingga Pecah minyak dan Masukkan Gula secukupnya. (Puteri letak 2Sudu Besar). Gaul sempurna dan jangan Lupa garam secukupnya juga.
  5. Kemudian Gaul dan masak sehingga sambal agak Pekat. (TAK PERLU TAMBAH AIR YER NANTI LAYU PULAK KEREPEK TUH)
  6. Bila sambal dah Pekat dan Sebati rasa Manis dan Pedas, Tutup Api dan masukkan Ubi yang diGoreng tadi.
  7. Siap dan Boleh makan.

Goreng Ubi tuh biar Kuning KeEmasan mcm ni =)

haaa...Gaul jangan Tak Gaul...
hihihi 
^_____^

Panas2 lagi dah Ngamm..
^___^
so..
Selamat Mencuba yer









DONUT SIMPLE

upload lg resepi kt Blog ni selagi mata tak Gantuk..hihihi =)
Jangan Marah yer..
Puteri nak Share Resipi ni ...Dah lama Buat Donut..haritu adk Puteri yg lelaki nak Balik Nogeri 9..
dia terIngin nak Mam Donut..so Puteri Tolong Buat kan =)

Yammiii.....Nampak Cantik Gebus kan =)
Jom kita tengok Resepi nya..

Bahan-Bahan :
  • 500gm Tepung Gandum 
  • 1 Paket Yis Mauripan
  • 50gm Marjerin (Puteri guna Planta) 
  • 1 Sudu Besar Shortening (Puteri Xmasukkan pun)
  • 2 Sudu Besar Gula Kastor (Puteri Xtambah pun)
  • 2 Sudu Besar Susu Pekat (Puteri ambik dalam 3sudu)
  • 1 Biji Telur (Puteri Xpakai Telur pun)
  • 1/2 Sudu Teh Garam
  • 190ml-200ml Air Suam (Suam-suam kuku jew)
CARA >
  1. Dalam bekas Kosong,masukkan Tepung dan Mauripan, Gaul sempurna.-Biarkan seketika (dalam 5 minit)
  2. Kemudian buat Lubang ditengah2 tepung tadi, Barulah masukkan semua Bahan yang lain kecuali air suam.
  3. Bancuh Adunan Tepung yang diCampur tadi dengan air Suam, Adun Sempurna sehingga Adunan tidak Melekat diTangan.
  4. Uli Sehingga menjadi Doh yang yang tidak melekat diBekas.
  5. Boleh nak rehat kan doh dalam 1jam kemudian Terapkan dan juga Boleh terus Terapkan menggunakan Acuan Donut dan Rehatkan seketika.
  6. Bila nampak Doh dah Naik, Boleh Mula Mengoreng. 
  7. Siap boleh diHidangkan bersama Gula atau Hiasan Topping KeSukaan.
Sumber : myResepi

Dah diTerapkan =)

Sudah....Naik....Gebuuu...
Goreng dia.. 
^________^

Take away...Just for my litt Bro..
suka la dia dapat mam =)

So...Selamat Mencuba yer..
Untuk aweks2 tuh...
boleh la Buat untuk Pakwe and Bakal Mertua
^______^






MINI PAVLOVA

hmm...Nak Tidur mata ni takboleh Lelap..Asyik BerFikir je...Entah Fikir apa pun tak Tahu la... =(
So..ada masa ni TerLintas nak MenConteng Blog ni..hihihi =)
kali ni Puteri Share Mini Pavlova..
Resepinya dah buat hari tu...so klik je link tuh eh...

http://dapurputeriayu.blogspot.com/2012/10/pavlova.html



nah...comel tak Mini Pavlova ni.. =)

ni Puteri main Conteng2..Lukis Bulat2 comel2 gini laa..

Adunan Pavlova yang nak dimasuk dalam Piping Beg ..
=) ready utk di letak atas Kertas Minyak td =)

Tara......buat mcm gini ...coz Puteri malas nak Buat TerLebih Comel..
hihihi =)

tuhh....Tengok...dia dah Naik Gebus daaa....
=)

Yang Telah diSejukkan...

Mak Puteri Suka katanya makan begitu sahaja..
coz Puteri dah Kurangkan Manis nya..
tak leh Manis2 sangat...
Ayah tak Berapa Suka terlalu Manis =)

Comel gitu Letak atas Piring.. 
=)
Selamat Mencuba yer..








Sunday, October 21, 2012

MINI PANCAKE

Cepatnya dah Tengahari..
Selamat Lunch la untuk semua...
Menu Lunch Puteri Biasa2 je..Ulam2,Ikan Rebus..Budu..hahaha
ore Klate katakan.... =)
ok...Pagi td Puteri ada Buat Pancake tapi versi Mini jew.. =)
Jom kite tengok2 Resepi nya....

Puteri Guna Tepung Pancake yang Mak Puteri Beli..
=)

so..Untuk Buat PanCake tanpa Guna Tepung kat dalam Gambar td..Ini Puteri Kongsi kan Resipinya..

Bahan-Bahan :
  • 2 1/2 Cawan Tepung Naik Sendiri
  • 1 Sudu Kecil Soda Bicarbonate
  • Secubit Garam
  • 1 Sudu Besar Gula
  • 1 Biji Telur
  • 1/2 Tin Susu Cair 
  • SeCawan Air
  • 3 Sudu Besar Minyak Masak/Marjerin yang dicairkan (Puteri Best Guna ButterCup)

CARA >
  1. Gaul semua Bahan Kering Hingga Rata dan Buat Lubang Ditengahnya.
  2. Kemudian Pecahkan Telur,Masukkan Susu Cair, air dan Minyak.Gaul sebati.
  3. Panaskan Kuali (kalau boleh Kuali yang Non-Stick),Oleskan Kuali dengan sedikit Minyak.
  4. Sendukkan sesenduk Adunan Pancake ke dalam Kuali.
    (yang ni Puteri Buat kecik2 je.. Mini gitu..sebab nak Jimat dan Kasi Banyak)
  5. Bila Nampak Pancake dalam Kuali tu dah Berbuih dan tepi pancake tu dah set comel BULAT terus TerBalikkan jew (HATI2 yer)
  6. Masak sampai kuning2 gitu,Kemudian Angkat. Buat sampai Adunan Habis. =) masak tuh guna API KECIK je..
  7. Pancake Boleh diHidang mengikut CitaRasa Sendiri.
Sumber : RESIPI BONDA


Adunan Pancake tidak TerLalu Cair dan Tidak TerLalu Pekat
=)

Taraaa....Siap dah Habis Makan..Baru Upload kt Blog..
hihihi
=)

ok..Kalau Pakai Pancake yang segera macam gambar 1st td tuh kan..Just Ikut je Langkah kt Kotak tuh..
=)
Selamat MenCuba yer ^__^


Friday, October 19, 2012

PAVLOVA

Dalam Ketidak Sibukkan ni..
Sempat la Puteri nak Share resipi Pavlova..
Sebenarnya Resipi ni dah lama dah...Puteri dapat dari Kawan Puteri..Dia Nak Sangat Puteri Buat.
so Hari ni Puteri ada KeSempatan nak Upload kt Blog..hihihi..
(almaklumlah Malas nak BerBlog dan Tak Reti Sebenarnya)
=) jangan marah ye...
ok Let's go ....

ni Bahan2 yang DiPerlukan 

Bahan-bahan :
  • 150gm Putih Telur (kira2 4Biji)
  • 250gm Gula Castor
  • 2 Camca Besar Tepung Jagung
  • 2 Camca Teh Cuka Makan
  • 2 Camca Teh Esen Vanilla

Buah-Buahan ini untuk diLetak diatas Pavlova yang siap nanti..

CARA >
  1. Panaskan oven pada suhu 150'c (oven Puteri 180'c)
  2. Sebelum nak Mula buat Pavlova ni, kita kene Buat dulu Bulatan diatas Kertas Minyak. Tak kesah la besar mana, Ikut kesukaan yer.-Ketepikan.
  3. Putar Putih Telur hingga BerBUIH, Kemudian masukkan sedikit demi sedikit gula Castor sambil diputar sehingga kelihatan kental dan berkilat.Jangan Lupa Esen Vanilla ye untuk Hilangkan Bau Hanyir Telur.
  4. Masukkan Cuka makan dan Tepung Jagung, Gaul rata adunan itu.-Jangan terOver Gaul yer (Puteri Guna Spatula)
  5. Setelah itu, letakkan Adunan yang siap tadi di atas Kertas Minyak yang diLukis Bulatan.Buat Cantik2 yer (Puteri main taram jee)
  6. Masukkan ke dalam Oven ,dan pastikan Turunkan Suhu oven kepada 120'c (Puteri bawa turun 150'c) Bakar selama 1Jam 20Minit. (Puteri Bakar dalam Sejam je)
  7. Bila dah Nampak Sudah masak,Biar kan Sejuk DULU. 
  8. Barulah diHiaskan dengan Whipping Cream dan Buah-buahan yang masam-masam.
  9. Siap untuk DiHidang. =)


see...kental dan BerKilat kan =)

ni Puteri buat mcam ni jaa..Comot lah jgk =)

Ini lah Pavlova yang siap..hahaha..
Abaikan yang Belakang tuh..hihi
=)

so...tak susah la kan..
Orang kata nak Buat Pavlova ni perlu dalam cuaca yang Cerah baik tak Hujan.
Mak Puteri pun ada tanya, Makanan apa Benda la ni...
hahaha...Orang Kampung tak Suka sangat makan yang ala2 keBaratan..
tapi Bila Buat Diorang Suka la Memakan..yang Penting air tangan dari Anak KeSayangan Mereka =)
Selamat Mencuba yer =)






TERASEK AYAM JANTUNG PISANG

Salam Jumaat semua..
Hari ni Line agak ok sikit walaupun Hujan..
Perut pun dah Kenyang makan Nasi tadi.
Kali ni Puteri nak Share Resipi Terasek Ayam Jantung Pisang.
Fov family nih.. lagi2 hujung minggu cam ni kan..
Kebetulan Semalam Tok Ayah balik dr Sawah ada bawa Jantung Pisang..
kata dengan MakWa elok buat Terasek..=)

ni lah dia...Terasek Ayam Jantung Pisang..
Jom kite tengok Resipi pulak..

Bahan-bahan :
  • Bawang Merah*
  • Bawang Putih*
  • Halia*
  • Cili boh *(Puteri guna cili yg Mak Puteri buat jew)
  • Serbuk Jintan 
  • Serbuk Kari (Puteri Guna Rempah Darat)
  • Santan 
  • Air secukupnya
  • Garam dan Perasa
  • Jantung Pisang (dibersih dan diRebus)
  • Minyak (tumis)
  • Ayam (Puteri biasa buat guna kaki ayam sayap dan leher tu)



Ni Jantung Pisang yang DiRebus sehingga Empuk =)

ini....kalau siapa tak tahu...xleh nak kata apa..
ok..Kelapa yang diMesin tuh..
kita Perah supaya Keluar Santan Segar..
=)

CARA >
  1. Kisar semua Bahan bertanda * , kemudian Tumis didalam Kuali yang telah di letak miyak.
  2. Tumis sambil tu Jangan lupa letak Jintan dengan Rempah tadi ye. Nak Bancuh dulu pun boleh, Nak terus letak masa menumis tu pun boleh.
  3. Kemudian Tumis sehingga Naik bau dan Pecah Minyak.
  4. Barulah Masukkan Ayam yang telah DiBersihkan dan Gaul Sempurna.
  5. Bila kelihatan Kering, masukkan air secukupnya. Gaul lagi biar sekata.
  6. Masak sehingga ayam empuk,kemudian baru masukkan Santan Segar tadi.Biar mendidih seketika.
  7. Tambahkan juga bahan Perasa dan garam.(puteri taruk sesudu gula)
  8. Bila hampir masak, masukkan Jantung Pisang yang direbus tadi dan gaul rata.Reneh kan seketika biar kuah sedikit pekat.
  9. Siap untuk diHidangkan. =)

Jadi macam ni bile ayam di masukkan bersama bahan tumis..
ni bila kering dan dimasukkan air..
bila ayam empuk,masukkan santan segar =)
Jantung Pisang yang telah diKorban kan..hihihi
=)
siap..
just renehkan seketika bagi Kuah pekat.
boleh Dihidangkan Bersama Nasi Panas..

so..itu sahaja Resipi nya...Nampak Ringkas kan..
HIHIHIHI...mudah je memasak ni..xperlu nak Ikat sangat dengan Resipi nya.
Selamat MenCuba ye.. ^___^


Friday, October 12, 2012

NASI AYAM DAUN PANDAN

Selamat beristirehat semua,
wah..masa ni Baru Puteri sempat nak buka Blog.. hihihi =)
...Hari ni adk Boy Puteri nak balik Nogeri 9..jadi Buat la Nasi Ayam Daun Pandan..

haa...sedap kah agak2nya??
huhuhu..
tapi kata adk "sedap tak terkata"
hahaha...

Nak cerita pasal bab makan ni...memang tak habis untuk satu blog..
adk2 Puteri jenis Tak Memilih makanan, apa yang diMasak itu lah Rezeki..
jadi Jom kita Pergi pada Resipi nya, Puteri buat main2 ja..xtau lak leh jd sesedap rasa =)

NASI AYAM DAUN PANDAN

Ni bahan-bahan yang Puteri guna untuk buat Nasi Ayam Daun Pandan.
mesti la ada Daun Pandan kan =)

Bahan untuk Sup :
  • Ayam (ikut suka la,Puteri mmg SeEkor)
  • Bawang Merah (hiris/tumbuk)
  • Bawang Besar Hijau (Potong 4)
  • Cili Padi (hiris)
  • Daun Sup & Daun Bawang (hiris)
  • Rempah Ratus (seperti dalam gambar)
  • Daun Pandan (disimpul)
Cara >
  1. Ayam dipotong dan dibersihkan. (Puteri Potong 4 je)
  2. Kemudian Rebus air hingga mendidih bersama daun Pandan, masukkan Ayam dengan sedikit garam (secukup rasa).
  3. Bila ayam tu dah masak, angkat dan toskan.
  4. Air rebusan ayam tadi jangan dibuang tau, boleh buat untuk tanak Nasi dah Kuah Sup.
  5. Just tambah Bahan2 di atas ni tadi kedalam air rebusan, kemudian tambah sedikit perasa. Jika sup dah siap Boleh tabur daun Bawang dan daun Sup.
untuk Sup ni..Puteri Tumis dahulu Bawang Merah bersama rempah ratus tadi, kemudian baru masukkan kedalam Sup.. =)

Bahan untuk Ayam :
  • Ayam yang direbus (ditoskan)
  • Serbuk Kunyit
  • Madu 
  • Sos Tiram
  • Air daun pandan (dikisar dan tapis)
  • Garam (jika perlu)
  • Sedikit Serai (dititik)
Cara >
  1. Ayam yang ditos tadi di gaulkan dengan Serbuk Kunyit,madu dan sos tiram bersama sedikit Air dari Daun Pandan yang diKisar.
  2. Perap Bersama serai yang dititik. Dalam sejam atau Lebih.
  3. Kemudian baru digoreng. Tapi jangan Goreng lama sangat yer =)

ini lah Ayam yang Puteri nak Perap tuh...
jeng jeng jeng...



Bahan untuk Nasi :
  • Beras(secukupnya)
  • Halia (seinci je)
  • Daun Pandan (disimpul)
  • Bunga Lawang
  • Planta/marjerin (untuk menumis)
  • Sedikit Kunyit (Pewarna)
  • Daun Limau Purut (mak puteri suka baunya)
Cara >
  1. Beras di basuh dan ditoskan, kemudian panaskan periuk masukkan sedikit planta atau marjerin atau minyak.
  2. Tumis halia dan Bunga Lawang bersama dengan daun pandan dan daun limau purut.Tumis sehingga naik bau yer (jangan Hanggit dah la)
  3. Lepas itu, masukkan Beras dan tutup api. Gaul rata, masukkan Air Rebusan ayam tadi tambah sedikit serbuk kunyit, Gaul rata dan . =) Tanak sampai Masak yer.

ini Nasi Ayam.. Wahhh...
Bau nya...Memang ....Xleh cakap...

Sup Segera Sudah siap....

ni Ayam yang telah Digoreng... yammmm...
ok..kita Buat sos Kicap dengan Sos Lada pulak yer.

Bahan untuk Sos Kicap 
  • Kicap
  • Madu
  • Sos Tiram
  • Limau (ambil airnya)
Cara >
  1. Satukan semua bahan dalam satu mangkuk,kemudian Perahkan limau.Siap.

simple je kan =)

Bahan untuk Sos Lada
  • Lada Merah dan Hijau (dalam 5biji)
  • Bawang Putih (3biji)
  • Tomato (3biji)
  • Gula
  • Garam
Cara >
  1. Kisar semua bahan di atas,
  2. Kemudian masak di dalam periuk dengan menggunakan Api yang sederhana.
  3. Apabila mendidih masukkan Gula dan garam secukupnya.
  4. Masak sehingga pekat. Siap.
Itu Bahan2nya yer..Kisar jew... just Puteri tambah sedikit air Daun Pandan =)

ini lah Sos Lada yang siap di Masak =)

ok...Bile siap dah semua masakan tadi boleh di Hidang bersama dengan Salad, Timun, Tomato dan lain-lain Sayur yang sesuai lah..

itu lah Rupa ayam yang telah di Goreng dan di Ketuk2 kemudian di Potong nipis..
Jimat..almaklumlah Makan Ramai2 Kompen xCukup seEkor. =)
ok..Selamat MenCuba yer.