Tuesday, October 9, 2012

CUCUR UDANG SIMPLE

Hai Semua,
haa...tadi Petang kan, Puteri duk Fikir-fikir,
Perut Lak berLagu Keroncong sudaa...
so...Puteri pun TerLintas nak Buat CUCUR UDANG =)



haa....Taraaa....
sedap habis makan sampai Licin
=)

bersama Kuah kacang
dan
Sos BerLada..

yammmiiii
<3














ok..so makan pun dah sudah..sekarang Puteri Kongsi kan Resipinya yer...

BAHAN-BAHAN

  • Udang (dibersihkan)
  • Yis Mauripan (secukupnya)
  • Tepung Gandum (ikut suka nak banyak mana)
  • Bawang Besar (di blend)
  • Air
  • Garam
  • Sayuran (apa2 yang disukai)
  • Minyak Untuk Mengoreng

 
ini Udang yang dibersihkan

Sayur yang digunakan :
Tauge
Daun sup
Daun Kucai
Lobak Merah


ni Adunan nya...
Guna Tepung Biasa ja...

ok sekarang kita pergi cara nak Buat pulak..

CARA MEMBUAT :
  1. Potong semua Sayur tadi, -ketepikan
  2. Udang yang telah di basuh di tos kering 
  3. Buat kan Adunan untuk cucur,mula2 masukkan Tepung gandum diikuti dengan Yis Mauripan.
  4. Gaulkan bersama Air dan Garam secukupnya, Biarkan seketika untuk Yis tuh mengembang.
  5. Selesai tuh, baru boleh panaskan Minyak.
  6. Ambil sesenduk adunan tadi kemudian letak Udang diatasnya.
  7. Goreng hingga masak. =)
ha....Puteri Goreng mudah je...
masukkan sesenduk adunan ke dalam minyak panas kemudian letakkan Udang..
tapi hati2 coz minyak tuh panas..nanti kene jari dah Tak cantik jari tuh.




Untuk buat Kuah Kacangnya

KUAH KACANG
  • Kacang secukupnya -diGoreng tanpa Minyak
  • 6 sudu makan cili Boh (puteri pakai cili yang mak puteri buat)
  • 3 Biji bawang Merah* (bergantung pd kuantiti kacang yang anda guna)
  • 1 Ulas bawang Putih*
  • Garam secukupnya
  • Gula Melaka secukupnya
  • Air secukupnya
CARA BUAT

  1. Kacang yang telah sejuk di Kisar Halus - KeTepikan
  2. Kisar pula Bahan yang bertanda * bersama cili boh.
  3. kemudian masukkan kedalam Periuk semua bahan Kecuali Kacang tadi.
  4. Masak hingga Naik Bau, masukkan sedikit air bersama Gula Melaka. (Jangan banyak sangat gula Melaka nanti Manis pulak)
  5. Setelah Nampak nak kuah tu dah nak Masak, Boleh la masukkan Kacang yang diKisar.
  6. Masak sikit lagi dan Siap Boleh diHidangkan..


ok..Mudah sahaja bukan..
Selamat Mencuba yer.

Sumber : dari Mak Puteri =)

No comments:

Post a Comment