Friday, October 19, 2012

TERASEK AYAM JANTUNG PISANG

Salam Jumaat semua..
Hari ni Line agak ok sikit walaupun Hujan..
Perut pun dah Kenyang makan Nasi tadi.
Kali ni Puteri nak Share Resipi Terasek Ayam Jantung Pisang.
Fov family nih.. lagi2 hujung minggu cam ni kan..
Kebetulan Semalam Tok Ayah balik dr Sawah ada bawa Jantung Pisang..
kata dengan MakWa elok buat Terasek..=)

ni lah dia...Terasek Ayam Jantung Pisang..
Jom kite tengok Resipi pulak..

Bahan-bahan :
  • Bawang Merah*
  • Bawang Putih*
  • Halia*
  • Cili boh *(Puteri guna cili yg Mak Puteri buat jew)
  • Serbuk Jintan 
  • Serbuk Kari (Puteri Guna Rempah Darat)
  • Santan 
  • Air secukupnya
  • Garam dan Perasa
  • Jantung Pisang (dibersih dan diRebus)
  • Minyak (tumis)
  • Ayam (Puteri biasa buat guna kaki ayam sayap dan leher tu)



Ni Jantung Pisang yang DiRebus sehingga Empuk =)

ini....kalau siapa tak tahu...xleh nak kata apa..
ok..Kelapa yang diMesin tuh..
kita Perah supaya Keluar Santan Segar..
=)

CARA >
  1. Kisar semua Bahan bertanda * , kemudian Tumis didalam Kuali yang telah di letak miyak.
  2. Tumis sambil tu Jangan lupa letak Jintan dengan Rempah tadi ye. Nak Bancuh dulu pun boleh, Nak terus letak masa menumis tu pun boleh.
  3. Kemudian Tumis sehingga Naik bau dan Pecah Minyak.
  4. Barulah Masukkan Ayam yang telah DiBersihkan dan Gaul Sempurna.
  5. Bila kelihatan Kering, masukkan air secukupnya. Gaul lagi biar sekata.
  6. Masak sehingga ayam empuk,kemudian baru masukkan Santan Segar tadi.Biar mendidih seketika.
  7. Tambahkan juga bahan Perasa dan garam.(puteri taruk sesudu gula)
  8. Bila hampir masak, masukkan Jantung Pisang yang direbus tadi dan gaul rata.Reneh kan seketika biar kuah sedikit pekat.
  9. Siap untuk diHidangkan. =)

Jadi macam ni bile ayam di masukkan bersama bahan tumis..
ni bila kering dan dimasukkan air..
bila ayam empuk,masukkan santan segar =)
Jantung Pisang yang telah diKorban kan..hihihi
=)
siap..
just renehkan seketika bagi Kuah pekat.
boleh Dihidangkan Bersama Nasi Panas..

so..itu sahaja Resipi nya...Nampak Ringkas kan..
HIHIHIHI...mudah je memasak ni..xperlu nak Ikat sangat dengan Resipi nya.
Selamat MenCuba ye.. ^___^


No comments:

Post a Comment