Thursday, February 14, 2013

"LEMON SHORTBREADS"

Assalamualaikum dan Selamat Pagi semua =)
Hai3x.. Dah lama Puteri tak Update Blog..hehe
bukan pe..Tak ada masa sebenarnya nak try Resepi baru..
tapi InshaaALLAH bermula Bulan 3 nanti Puteri cuba jinak-jinak untuk aktif dalam Blog Masakan ini..
So Buat masa ni Puteri nak Share satu Resepi,
yang mana Puteri ambil dari Majalah GORGEOUS (tahun bila punya majalah lupa laa)
..haaa Majalah berbahasa english ni..hehe
apapun disebabkan Resepi ni telah membuat tekak Puteri Rasa lain..
Ye la Time baca Majalah ni Puteri kat Klinik, 
hehe.. pe lagi..Salin la Resepinya..tapi Jangan Risau.. =)
Puteri akan Tulis kat Blog ni BAHASA MALAYSIA hehe..
Mudah untuk u all faham kan..
Resepinya Simple sangat2..
Rasanya pun Sedap ada rasa Masam Manis gitu..
Memang kena dengan selera Puteri.. 
ok la..Jom Follow Resepi kat Bawah ni yer ^__^

Nah...Sila Abaikan Sudu dan yang belakang tu.. 
HeHeHe..
almaklumlah..Malas nak Take Picture..
siap Letak dalam Balang..
Makan time tu jagak..
dah memang nak Makan ..sangat.. Hehe ^_^


BAHAN-BAHAN :
  • 250 g Butter
  • 125 g Caster Sugar
  • 3 tsp Lemon Juice
  • 1 tsp Grated Lemon Rind (Parutan Kulit Lemon)
  • 375 g Flour (Puteri Guna Tepung Biasa je) *ayak
CARA-CARA >>

  1. Putarkan Butter bersama Caster sugar sehingga sebati,dari Kelajuan Sederhana kepada Kelajuan Tinggi.
  2. Bila sudah Sebati Masukkan Perahan Jus Lemon sambil diputar menggunakan Mixer.
  3. Kemudian masukkan Parutan Kulit Lemon, Setelah siap Masukkan Tepung Sedikit demi Sedikit.
  4. Gaul Sehingga semua adunan sebati dan sekata.
  5. Masukkan dalam Piping bag dan gunakan acuan yang digemari.
  6. Oven dipanaskan pada suhu 180'c dan setelah siap semua acun dipaip atas dulang, Masukkan  ke dalam oven dan bakar lebih kurang 10-15Minit bergantung pada kepanasan Oven masing2.
*Bagi yang gemar meletakkan cherry Boleh letak sebelum Bakar.
dan bagi yang suka letak Coklat cair, Letak setelah Biskut siap di Bakar.

Olahan  Resepi : Puteri!
Sumber : MAJALAH GORGEOUS!

Putarkan Butter Bersama Caster Sugar

Putar lg

yang ni Puteri tambahkan Esen Vanilla 

Perahkan Lemon Juice fresh punya =) 
nak Pakai yang sedia dalam Botol pun boleh
(tp tau rasa macam mana)

Masukkan Parutan Kulit Lemon

Tepung Sedikit Demi Sedikit


Sebatikan Biar menjadi seperti ini..

Paip kan dalam Bentuk yang anda Suka ^__^

HeHe HeHe..
sambil Bakar Biskut..
Sambil Makan..

mana2 bentuk pun boleh guna...
ikut citarasa masing-masing =)


ok apapun 
Selamat Mencuba Yer..
DAAAA

2 comments:

  1. simple nya,...xde telur eh? PA cu tunjuk acuan tuk piping tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha a. so simple sgt.. xguna telur pun.
      dah update dlm blog =)

      Delete